• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TNB, Prasarana Jalin Kerjasama Strategik Bekalan Elektrik Voltan Tinggi LRT Laluan Shah Alam

in Berita, Catalyst
A A
TNB, Prasarana Jalin Kerjasama Strategik Bekalan Elektrik Voltan Tinggi LRT Laluan Shah Alam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menjalin kerjasama strategik dengan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagi membekalkan bekalan elektrik bervoltan tinggi kepada tiga stesen suis utama di sepanjang Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua-dua syarikat berkata kerjasama tersebut akan bermula pada akhir 2022.

Menurut kenyataan itu, LRT Laluan Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai LRT3 dijangka beroperasi serta dibuka kepada orang ramai menjelang 2025.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Datuk Baharin Din berkata syarikat utiliti itu bersedia memberi kerjasama kepada Prasarana dalam membangunkan lagi industri pengangkutan di Malaysia, terutamanya dari segi menyediakan bekalan elektrik berdaya harap dan stabil kepada bekalan rel sepanjang LRT Laluan Shah Alam.

“TNB telah beriltizam untuk menyegerakan peralihan tenaga yang merangkumi usaha meningkatkan nilai perusahaan portfolio penjanaan, memperluas fokus pasaran untuk mengembangkan portfolio tenaga boleh baharu, pelaburan untuk grid masa depan dan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan CEO Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kepakaran dan kemampuan  TNB untuk menyalurkan bekalan elektrik yang berdaya harap amat kritikal dalam memastikan Prasarana mampu melaksanakan mandat pengangkutan awam organisasi itu.

“Projek LRT Laluan Shah Alam merupakan sebahagian daripada Pelan Bersepadu Pengangkutan Awam untuk Greater Klang Valley dan Prasarana diberi mandat untuk memberi kemudahan dan mengetengahkan serta menerapkan sistem pengangkutan awam darat yang terancang, selamat, responsif, efisien dan mampan,” katanya.

Majlis Penyerahan Perjanjian Pembekalan Elektrik diadakan pada bulan lepas.

Menurut kenyataan itu, jajaran LRT Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer (km) menyasarkan jaringan perhubungan untuk dua juta penduduk di Koridor Barat Lembah Klang iaitu dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang melalui tiga kawasan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang.

Sebanyak 20 stesen termasuk dua stesen integrasi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di Bandar Utama serta stesen integrasi LRT Kelana Jaya di Stesen Glenmarie 2 merangkumi jajaran itu, katanya.

Selain itu, menurut kedua-dua pihak, projek tersebut berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sepenuh masa kepada lebih 5,900 orang pekerja.

 Sejak 1996, TNB telah menyediakan bekalan elektrik bervoltan tinggi kepada Prasarana untuk LRT 1 (Laluan Ampang dan Sri Petaling) sepanjang 45 km dengan bekalan 29.32 megawatt (MW), LRT2 atau Laluan Kelana Jaya (46.4 km, 58.35 MW) sejak 1997 dan monorel (8.6 km, 7.16 MW) sejak 2001.

Sejak 2016 pula, TNB menyediakan bekalan elektrik kepada MRT1 atau Laluan Kajang sepanjang 51 km untuk bekalan elektrik 80.6 MW dan MRT2 atau Laluan Putrajaya (57.7 km, 36.81 MW) sejak 2019.

— BERNAMA

Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In