• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

EP Manufacturing Dapat Lesen MITI Keluarkan Motosikal Elektrik

in Berita, Catalyst, Saham
A A
EP Manufacturing Dapat Lesen MITI Keluarkan Motosikal Elektrik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Anak syarikat milik penuh EP Manufacturing Bhd (EPMB), EP Blueshark Sdn Bhd (EP Blueshark), menerima lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menjalankan aktiviti pemasangan motosikal elektrik.

Pengeluar alat ganti automotif itu berkata pihaknya kini diberi kelulusan sepenuhnya untuk memasang dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) beroda dua menerusi kemudahan pembuatannya yang akan datang di Glenmarie, Shah Alam.

“Lesen itu membolehkan EP Blueshark mengimport komponen motosikal elektrik dalam bentuk unit separa terurai untuk dipasang dan/atau unit terurai untuk dipasang dan dikilangkan di Malaysia bagi pengedaran ke pasaran tempatan dan ASEAN,” kata EPMB dalam satu kenyataan hari ini.

Kebenaran itu yang diberikan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, akan diguna pakai secara retrospektif mulai 25 Julai 2022.

EPMB sebelum ini telah bekerjasama dengan Sharkgulf Technologies Group Ltd yang berpangkalan di China untuk memasang, mengeluarkan dan mengedarkan kenderaan elektrik beroda dua jenama Blueshark di Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain.

“Dengan lesen pengilangan daripada MITI, EPMB bersedia untuk mempercepatkan usaha untuk melancarkan 50,000 unit kenderaan elektrik beroda dua BlueShark secara komersial setiap tahun bagi tahun-tahun awal.

“Ia bagi memenuhi permintaan serantau dengan segera. Selepas itu, EPMB akan meningkatkan kapasiti selanjutnya apabila permintaan meningkat,” katanya.

Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah berkata syarikat kini semakin hampir untuk mewujudkan kemudahan pembuatan baharu bagi kenderaan elektrik beroda dua.

“Kami menjangkakan untuk memulakan pembinaan kilang pembuatan pada awal 2023 dan menyasarkan untuk menyiapkannya menjelang suku ketiga 2023.

“Kemudahan pembuatan itu bukan sahaja berteknologi canggih tetapi juga akan menggaji sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat Malaysia dalam tenaga kerja dan melatih mereka melalui pemindahan kemahiran dan teknologi,” kata Hamidon.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, negara Asia Tenggara dijangka mencatatkan pertumbuhan pasaran kenderaan elektrik beroda dua yang pesat mengatasi Eropah dan Asia Timur, katanya.

— BERNAMA

Share271ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In