• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tertinggi Sebanyak RM806 Juta

in Berita, Saham
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tertinggi Sebanyak RM806 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM806.23 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022 berbanding RM588.32 juta yang disaksikan semasa tahun sebelumnya berikutan pendapatan pembinaan serta hartanah yang lebih kukuh. 

Syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu berkata pendapatan luar negaranya melonjak tiga kali ganda kepada RM292 juta daripada hanya RM98 juta tahun lepas, berikutan jualan hartanah meningkat ke paras tertinggi sebanyak RM4 bilion, lonjakan 40 peratus berbanding RM2.9 bilion sebelum ini.

Gamuda turut menyaksikan perolehannya menokok kepada RM4.92 bilion pada tahun kewangan 2022 daripada RM3.27 bilion.

Bagi suku keempat berakhir 31 Julai tahun kewangan 2022  keuntungan bersih Gamuda bertambah kepada RM255.24 juta berbanding RM212.88 juta yang diterima semasa suku keempat tahun kewangan 2021, selepas disokong oleh pendapatan pembinaan dan hartanah yang lebih mantap.

Perolehan untuk suku berkenaan melonjak kepada RM1.87 bilion daripada RM835.95 juta.

“Tidak termasuk peruntukan kerugian rm26 juta secara sekali sahaja ke atas penjualan 50 peratus kepentingan kumpulan dalam Terowong Smart kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), bahagian konsesi melaporkan pendapatan suku tahunan sebanyak RM25 juta berbanding suku tahun lepas iaitu RM11 juta, dan pendapatan tahun semasa berjumlah RM149 juta daripada RM163 juta yang diterima pada tahun sebelum ini.

“Penjualan itu dijangka selesai menjelang Oktober 2022,” katanya.

Kumpulan itu ketika bercakap mengenai prospek menjangkakan prestasi tahun depan akan didorong oleh jualan hartanah, peningkatan kemajuan kerja bagi projek pembinaan di Australia serta kerja-kerja penyiapan MRT Laluan Putrajaya. 

“Melangkah ke hadapan, daya tahan kumpulan disokong oleh tempahan dalam tangan pembinaannya yang besar iaitu hampir RM14 bilion dan jualan hartanah belum dibil yang mencecah RM6.2 bilion.

“Selain itu, kumpulan ini mempunyai kunci kira-kira yang sihat dengan gearan yang rendah pada masa ini iaitu sebanyak 0.1 kali, yang akan menjadikan wang tunai bersih positif apabila selesai jualan lebuh raya,” katanya.

— BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In