KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran serantau, setelah mengambil petunjuk daripada kenaikan kukuh berterusan yang dialami Wall Street dalam tempoh semalam.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 2.66 mata kepada 1,404.55 daripada 1,401.89 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka 5.5 mata lebih tinggi kepada 1,407.39 sebelum bergerak di antara 1,403.48 dengan 1,410.76 sepanjang sesi dagangan pagi.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 384 berbanding 312, manakala 378 kaunter tidak berubah, 1,327 kaunter tidak diniagakan dan 57 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.15 bilion unit bernilai RM736.57 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat belian yang baik dalam bursa tempatan telah didorong oleh kenaikan yang dialami Wall Street dalam tempoh semalaman.
Ia juga menjelaskan bahawa dasar penting yang mengejut oleh Bank of England sepatutnya menambah baik sentimen serantau.
“Kami menjangkakan pelabur memberi tumpuan kepada Bajet 2023 akan datang, mengutamakannya dalam pasaran sebelum bajet itu dibentangkan.
“Kami memilih industri penjagaan kesihatan, automasi, automotif, telekomunikasi dan solar,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.
Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 1.0 peratus kepada 3,147.53; Indeks Nikkei 225 Jepun menambah 0.86 peratus kepada 26,399.80 dan Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 1.25 peratus kepada 17,466.89.
Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi bursa domestik, Petronas Chemicals naik tiga sen kepada RM8.40, CIMB menambah lima sen kepada RM5.16, IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM5.94, manakala Maybank tidak berubah pada RM8.56, Public Bank susut empat sen kepada RM4.22 dan TNB turun lapan sen kepada RM8.32.
Bagi saham aktif, PT Resources naik empat sen kepada 45.5 sen dan NWP menambah setengah sen kepada 25 sen, Velesto tidak berubah pada 11.5 sen, Top Glove turun satu sen kepada 58 sen dan Sapura Energy kurang setengah sen kepada 3.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 24.59 mata kepada 10,034.04; FBM 70 menambah 49.29 mata kepada 12,215.94 dan Indeks FBMT 100 naik 23.52 mata kepada 9,784.03.
Indeks FBM Emas Shariah menokok 27.87 mata kepada 10,101.64, dan FBM ACE melonjak 55.0 mata kepada 4,710.9.
Dari segi sektor, Indeks Tenaga meningkat 6.43 mata kepada 676.75; Indeks Perladangan menambah 67.43 mata kepada 6,526.51; Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 11.37 mata lebih tinggi kepada 15,934.99 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.57 mata kepada 170.72.
— BERNAMA

