• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

LTKM Meterai Perjanjian Jual Pegangan Dalam Enam Anak Syarikat Dengan Harga RM158.8 Juta

in Berita
A A
LTKM Meterai Perjanjian Jual Pegangan Dalam Enam Anak Syarikat Dengan Harga RM158.8 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Pengeluar telur ayam, LTKM Bhd memeterai perjanjian jual dan beli untuk menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam enam anak syarikat kepada Ladang Ternakan Kelang Sdn Bhd (LTKSB) dengan harga RM158.83 juta.

Syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata perjanjian yang dimeterai hari ini itu melibatkan penjualan LTK (Melaka) Sdn Bhd dengan harga RM100 juta, LTK Omega Plus Sdn Bhd dengan harga RM13.73 juta, LTK Feeds Sdn Bhd dengan harga RM4.1 juta, LTK Properties Sdn Bhd dengan harga RM16.1 juta, LTK Development Sdn Bhd dengan harga RM19.1 juta dan Lumi Jaya Sdn Bhd dengan harga RM5.5 juta.

LTKSB dimiliki oleh Pengerusi Eksekutif LTKM Bhd Datuk Tan Kok dan isteri beliau Datin Lim Hooi Tin, yang juga merupakan pengarah LTKM.

Pada April 2022, syarikat itu mengusulkan cadangan untuk menjual perniagaan pengeluaran telur ayam sedia adanya untuk bertukar menjadi penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik.

LTKM berkata ia akan membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Local Assembly Sdn Bhd, yang mengeluarkan komponen elektronik, elektrik dan pengacuan suntikan dengan harga RM336 juta untuk dibayar secara tunai sebanyak RM100 juta dan terbitan 393.33 juta saham LTKM baharu pada 60 sen setiap satu. 

Syarikat itu juga mencadangkan untuk melaksanakan dividen khas merangkap pembayaran balik modal sebanyak RM1.11 bagi setiap saham biasa dalam LTKM.

Pada penutup dagangan hari ini, harga saham LTKM susut satu sen kepada RM1.32 dengan 33,900 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Share254ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In