• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

UEM Sunrise Bekerjasama Dengan Anak Syarikat Petronas Bangunkan Bandar Pintar

in Berita
A A
UEM Sunrise Bekerjasama Dengan Anak Syarikat Petronas Bangunkan Bandar Pintar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Sept  (Bernama) — UEM Sunrise Bhd menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) dan Gentari Sdn Bhd untuk meneroka peluang kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui, tenaga hijau dan penggunaan mobiliti bagi menghasilkan bandar pintar yang mampan.

Kerjasama tersebut juga merangkumi penyelesaian mampan yang sedia ada serta penyelesaian terkini dalam pembangunan UEM Sunrise, menjadikannya pemaju hartanah pertama yang bekerjasama dengan dua anak syarikat Petronas itu.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah berkata, pemaju hartanah itu kini menuju ke arah yang betul yang sama seperti PGTSSB dan Gentari untuk menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang 2050. 

“Ini merupakan titik permulaan kepada kerjasama yang saling menguntungkan di samping membawa nilai mampan jangka panjang untuk seluruh komuniti.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam jangka masa terdekat, kerjasama dengan Gentari akan memberi tumpuan kepada penyelesaian karbon rendah, terutamanya stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan “forecourt” elektrik di kemudahan-kemudahan UEM Sunrise serta ladang solar di tanah UEM Sunrise.

Manakala dalam jangka panjang, MoU dengan PGTSSB akan meneroka penyelesaian karbon rendah dan berasaskan alam semula jadi seperti penyelesaian tenaga hijau pintar dan tenaga boleh diperbaharui, ekonomi kitaran dengan meningkatkan kapasiti penuh pengitaran semula dan menerapkan penyelesaian pembangunan teknologi tinggi yang mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif PGTSSB Annaliz Abu Bakar berkata, beliau teruja untuk bekerjasama secara strategik sambil mengembangkan kepakaran melangkaui industri tenaga.

— BERNAMA

Share258ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In