• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat, menjejaki prestasi Wall Street yang susut untuk hari ketiga berturut-turut ketika kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat negara itu terus menjejaskan sentimen.

Malah, bank pusat lain seperti Swiss National dan Bank of England turut bertindak menaikkan kadar faedah masing-masing sebanyak 75 mata asas dan 50 mata asas berikutan langkah pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), kata peniaga.

Pada 9.03 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.96 mata kepada 1,438.20 daripada 1,439.16 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 0.05 mata kepada 1,439.11.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 119 berbanding 102 manakala 174 lain tidak berubah, 2,003 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 76.16 juta unit bernilai RM37.42 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI susut selepas sentimen lemah menyebabkan aktiviti jualan ketara di peringkat global berikutan pendirian berterusan Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah dan kalangan pelabur pula terus menjangkakan lebih banyak kenaikan lebih agresif di masa depan.

“Oleh itu, kami yakin bursa tempatan berkemungkinan akan terus kekal berhati-hati dan cenderung susut. Selain itu, pelabur akan turut menunggu maklumat mengenai kadar inflasi Malaysia untuk mengukur prospek keputusan Bank Negara Malaysia mengenai Kadar Dasar Semalaman yang akan datang,” katanya.

Firma pembrokeran itu berkata harga minyak mentah dijangka dalam jajaran US$90 bagi masa terdekat ini manakala harga minyak sawit mentah (MSM) di bawah RM3,800.

“Kami juga kekal positif terhadap prospek sektor perbankan berikutan senario kenaikan kadar faedah dan menjangkakan sektor telekomunikasi, berkaitan solar, pembinaan serta bahan binaan mungkin dapat menarik minat belian menjelang pembentangan Bajet 2023.

“Saham-saham minyak dan gas pula dijangka mencatat prestasi baik dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan pendapatan sejak suku tahun lepas,” katanya.

Saham wajaran tinggi seperti Public Bank rugi satu sen kepada RM4.38, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM8.46, IHH Healthcare turun lima sen kepada RM5.95 manakala Maybank untung satu sen kepada RM8.72 dan CIMB Bank tidak berubah pada RM5.38.

Bagi saham aktif, Resintech dan Cnergenz masing-masing naik dua sen kepada 56 sen dan RM1.04, waran Resintech menokok setengah sen kepada 15 sen, Jentayu menambah satu sen kepada 55.5 sen manakala China Automobile meraih setengah sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 0.13 mata kepada 10,293.68, Indeks FBM 70 meraih 5.5 mata kepada 12,559.80, Indeks FBMT 100 susut 4.04 mata kepada 10,028.21, Indeks FBM Emas Shariah turun 5.20 mata kepada 10,353.02 dan FBM ACE merosot 20.52 mata kepada 4,798.13.

Bagi sektor pula, Indeks Tenaga naik 5.22 mata kepada 725.09, Indeks Perladangan menokok 6.05 mata kepada 6,850.74, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 11 mata kepada 16,345.45 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat  0.33 mata kepada 174.57.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In