• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

AirAsia Pecah Rekod Dengan Menjual 500,000 Tempat Duduk Dalam 48 Jam

in Berita
A A
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Promosi lima juta tempat duduk percuma AirAsia baru-baru ini menyaksikan 500,000 tempat duduk terjual hanya dalam tempoh 48 jam, langsung memecahkan rekod jualan tertinggi sehari sejak pandemik COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengendali syarikat penerbangan tambang rendah itu, Capital A Bhd berkata pencari nilai telah mengambil tempat duduk percuma itu setiap minit untuk ke destinasi jarak dekat kegemaran mereka seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu di Malaysia. 

Pilihan luar negara yang paling popular pula merangkumi Phuket, Krabi serta Chiang Mai di Thailand, Bali di Indonesia dan Cebu di Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes berkata jualan pecah rekod itu, yang diraih melalui media tradisional telah melepasi rekod jualan harian pra-COVID syarikat penerbangan tersebut sebanyak 230,000 pada Januari 2020. 

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Karen Chan berkata permintaan kukuh itu mencerminkan prospek masa hadapan yang positif bagi syarikat itu.

“Kami teruja melihat permintaan yang begitu tinggi untuk perjalanan pasca COVID dan kami yakin ini hanya permulaan. 

“Kami dalam perniagaan untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan dan segala usaha kami membuahkan hasil yang amat berbaloi apabila melihat pesawat kami sekali lagi, dipenuhi dengan penumpang yang mengembara dan teruja,” katanya.

 — BERNAMA

Share289ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In