• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Top Glove Bagi Tahun Kewangan 2022 Susut Kepada RM235.97 Juta

in Berita
A A
Untung Bersih Top Glove Bagi Tahun Kewangan 2022 Susut Kepada RM235.97 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd merosot kepada RM235.97 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2022 (tahun kewangan 2022) daripada RM7.71 bilion sebelumnya disebabkan normalisasi dalam industri sarung tangan pasca pandemik dan dalam persekitaran peningkatan kos dan lebihan bekalan.

Hasilnya menyusut kepada RM5.57 bilion daripada RM16.36 bilion sebelumnya.

Bagi suku keempat berakhir 31 Ogos 2022 (suku keempat 2022), pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu mengalami kerugian bersih RM52.59 juta daripada untung bersih RM447.40 juta pada suku keempat 2021, manakala hasil menyusut kepada RM990.10 juta daripada RM2.07 bilion sebelumnya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Top Glove berkata prestasi kewangan kumpulan itu yang merosot berikutan industri berdepan dengan tempoh penyelarasan, di samping faktor lebihan bekalan dan penyimpanan yang berlebihan oleh pelanggan ketika pandemik.

“Situasi ini membawa kepada kelembapan terhadap pesanan, menjadikan harga jualan purata (ASP) berada pada aliran menurun, yang diburukkan lagi dengan pendekatan tunggu dan lihat oleh pelanggan dengan menjangkakan penurunan selanjutnya dalam ASP,” katanya.

Di peringkat domestik, Top Glove berkata ia terjejas oleh kenaikan kira-kira 60 peratus tarif gas asli sepanjang tahun kewangan 2022, serta kenaikan 25 peratus dalam gaji minimum Malaysia daripada RM1,200 kepada RM1,500, yang berkuat kuasa pada Mei 2022.

“Kos yang semakin meningkat, yang tidak dapat disalurkan oleh kumpulan kepada pelanggan di tengah-tengah situasi lebihan bekalan yang berterusan, telah memberi kesan kepada keuntungannya,” katanya.

Pengarah Urusan Lim Cheong Guan berkata situasi lebihan bekalan sementara dan permintaan yang lebih lemah telah menjejaskan mekanisme permintaan/penawaran, tetapi prestasi suku keempat  tahun kewangan 2022 kumpulan itu tidak mencerminkan perniagaannya atau potensi sebenar sektor itu, yang kedua-duanya kekal sangat memberangsangkan dalam jangka panjang.

“Kami telah memberikan keuntungan yang sangat kukuh sejak dua tahun lepas dan kini melalui tempoh normalisasi apabila permintaan/bekalan sarung tangan menjadi stabil.

“Kami menerima ini sebagai sebahagian daripada perniagaan sarung tangan, menyedari bahawa kerugian kami bagi suku ini adalah sementara, dan yakin industri itu akan pulih pada akhirnya,” tambahnya.

Melangkah ke hadapan, Top Glove berkata tumpuan utamanya ialah pada kecekapan operasi dan rasionalisasi kos, yang termasuk menangguhkan semua perbelanjaan modal untuk kapasiti baharu pada 2023, meraih semula jualan ke Amerika Syarikat, dan meningkatkan ASPnya sebanyak 5 peratus untuk Oktober 2022 memandangkan ASP sarung tangan mula stabil.

Di sebalik situasi lebihan bekalan, ia tetap yakin apabila stok simpanan pelanggan berkurangan dan aktiviti penyimpanan semula sarung tangan disambung semula, pasaran akan stabil dan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menyerap bekalan tambahan daripada kapasiti baharu.

“Memandangkan industri sarung tangan dianggarkan beroperasi di bawah 50 peratus penggunaan, bekalan sarung tangan dijangka berkurangan.

“Kumpulan menjangkakan bahawa penyatuan industri akan menyusul, seterusnya mengurangkan bekalan sarung tangan dan membuka jalan untuk pemulihan,” katanya.

— BERNAMA

Share252ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In