• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Wall Street Kembali Pulih

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada peningkatan semula semalaman Wall Street yang didorong oleh aktiviti jualan sebelumnya dalam kalangan pelabur yang bimbang akan kenaikan kadar, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.57 mata kepada 1,478.01 daripada 1,468.44 penutup Rabu.

Indeks utama itu dibuka 4.92 mata lebih tinggi kepada 1,473.36.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 188 berbanding 81, manakala 180 kaunter tidak berubah, 1,902 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 132.21 juta unit bernilai RM60.82 juta

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran dijangka kekal tidak menentu, sekurang-kurangnya sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan minggu depan.

“Pelabur menunggu kejelasan lanjut daripada pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell mengenai keputusan kadar faedah. Pada masa ini, pasaran menjangkakan kenaikan kadar 75 mata asas.

Bagi komoditi, harga minyak mentah meningkat sehingga US$94 setong, manakala minyak sawit mentah diniagakan melebihi RM3,800 satu tan, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB Bank masing-masing naik tujuh sen kepada RM8.92 dan RM5.46, Public Bank menambah empat sen menjadi RM4.48, IHH Healthcare meningkat 10 sen kepada RM6.30, manakala Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM8.65.

Bagi saham aktif, SNS Network Technology, Siab Holdings dan Yew Lee Pacific masing-masing mengukuh satu sen untuk mencatatkan harga 31 sen, 17.5 sen dan 26.5 sen, manakala kedua-dua Vinvest Capital Holdings dan NWP Holdings naik setengah sen kepada 20 sen dan 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 56.76 mata kepada 10,531.96, Indeks FBMT 100 menambah 58.19 mata menjadi 10,275.19, Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 38.11 mata kepada 10,630.90, Indeks FBM 70 meraih 38.83 mata kepada 12,747.00 sementara FBM ACE turun 12.32 mata kepada 4,832.58.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga mengukuh 10.30 mata menjadi 729.24, Indeks Perladangan menokok 5.47 mata kepada 6,950.51 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 129.71 mata kepada 16,613.76, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.19 mata kepada 181.56.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In