• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Jualan Automotif Kumpulan UMW Meningkat 41% Pada Bulan Ogos 2022 Dengan Catatan Jualan Sebanyak 35,130 Unit

in Berita
A A
Kumpulan UMW Mendaftarkan Jualan Automotif Yang Baik, Catat Jualan Sebanyak 24,983 Unit Pada Julai 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Jualan automotif bagi Kumpulan UMW melonjak sebanyak 41% pada bulan pada Ogos 2022 berbanding bulan sebelumnya dimana kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua mencatatkan jualan yang baik. Kumpulan telah mencatatkan jualan sebanyak 35,130 unit pada bulan Ogos 2022 berbanding 24,983 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2022, di mana ia terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang memberangsangkan. Dengan itu, bagi lapan bulan pertama tahun 2022, Kumpulan UMW telah mencatatkan jualan sebanyak 233,367 unit, 63% lebih tinggi daripada 143,018 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021 yang terjejas oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (“PKPP”) yang bermula pada 1 Jun hingga 15 Ogos 2021.

UMWT mencapai jualan tertinggi bagi tahun 2022 dengan pencatatan jualan sebanyak 9,091 unit pada bulan Ogos 2022, peningkatan sebanyak 37% berbanding 6,637 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2022. UMWT terus mempromosikan tawaran yang menarik untuk setiap pembelian varian Toyota Vios dan Yaris terpilih sehingga akhir bulan September sebagai sebahagian daripada kempen Merdeka dan hari Malaysia. Bagi lapan bulan pertama tahun 2022, UMWT mencatatkan jualan sebanyak 61,639 unit, 62% lebih tinggi daripada 38,085 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Sejak pengambilan pesanan untuk Toyota Veloz serba baharu bermula pada 24 Jun 2022, UMWT telah mendapat sambutan yang menggalakkan, dan telah mencapai tempahan sebanyak 5,200 unit untuk model yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini.

Jualan Perodua meningkat sebanyak 42% kepada 26,039 unit pada bulan Ogos 2022 berbanding 18,346 unit yang didaftarkan pada bulan Julai 2022 berikutan peningkatan dalam rantaian bekalan. Perodua Bezza, Myvi dan Axia adalah antara model terlaris yang menyumbang hampir 69% daripada jumlah jualannya. Bagi lapan bulan pertama 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 171,728 unit, peningkatan kukuh sebanyak 64% berbanding 104,933 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Sehingga 2 September, Perodua Alza serba baharu yang dilancarkan baru-baru ini telah memperoleh lebih 51,000 tempahan, dengan catatan jualan sebanyak 7,682 unit sehingga bulan Ogos 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami berbesar hati dengan jualan yang mengggalakkan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada Ogos 2022 dengan peningkatan dalam jumlah pengeluaran. Dengan jumlah pesanan yang menggalakkan disebabkan permintaan yang tinggi, kedua-dua UMWT dan Perodua akan terus meningkatkan tahap pengeluaran kenderaan. Kami yakin dapat mencapai sasaran jualan untuk tahun ini berikutan jumlah pesanan yang memberangsangkan, ditambah pula dengan peningkatan yang baik terhadap rantaian bekalan dan cip semikonduktor. Kami sangat menghargai dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

Share217ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In