• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Dalam Julat Negatif Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia kekal dalam julat negatif pada tengah hari ini  berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh Public Bank dan Petronas Chemicals.

Kedua-dua kaunter tersebut menyebabkan indeks komposit merosot dengan gabungan 7.46 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI berkurangan 14.90 mata kepada 1,483.06 daripada 1,497.96 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.56 mata kepada 1,497.40.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 440 berbanding 277 manakala 387 kaunter tidak berubah, 1,237 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.38 bilion unit bernilai RM817.18 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun terdapat perkembangan global, tekanan jualan daripada institusi besar telah menjejaskan FBM KLCI. 

“Penurunan di FBM KLCI sebahagian besarnya berikutan aktiviti pengambilan untung dan paras halangan amat kuat. Pelabur mengambil pendekatan berhati-hati serta tunggu dan lihat, bagaimanapun mungkin terdapat aktiviti belian lewat hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Oleh itu, Thong menjangka FBM KLCI diniagakan mendatar hari ini, berada dalam julat 1,480-1,490.  

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM8.95, Public Bank berkurangan lapan sen kepada RM4.54, Petronas Chemicals susut 16 sen kepada RM8.73, CIMB turun lima sen kepada RM5.42 dan IHH Healthcare merosot dua sen kepada RM6.19. 

Daripada saham aktif, CSH Alliance dan Impiana Hotels, masing-masing susut setengah sen kepada empat sen dan dua sen, Metronic Global tidak berubah pada tiga sen manakala Cypark Resources menambah 6.5 sen kepada 41.5 sen dan MY E.G Services naik tiga sen kepada 88.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 80.31 mata kepada 10,575.28, Indeks FBMT 100 berkurangan 82.64 mata kepada 10,316.96, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 47.58 mata kepada 10,675.37, FBM 70 susut 18.42 mata kepada 12,825.55 dan FBM ACE merosot 23.73 mata kepada 4,870.46.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 19.32 mata kepada 6,958.10, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.59 mata kepada 183.59 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 202.29 mata kepada 16,683.53 manakala Indeks Tenaga naik 4.79 mata kepada 721.25. 

— BERNAMA 

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In