Tahukah anda jumlah bilangan kenderaan telah mengatasi jumlah populasi penduduk Malaysia? Ini bermakna secara purata sekurang-kurangnya setiap orang di negara ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah kenderaan.
Patutlah jalan raya kini semakin sesak dengan kenderaan terutamanya pada waktu cuti panjang dan waktu puncak seperti awal pagi dan petang. Orang ramai yang telah kembali ke pejabat juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas pada setiap hari.
Baca: Vehicles outnumber people in Malaysia
Menurut pakar keselamatan jalan raya dari Universiti Putra Malaysia, Professor Dr Kulanthayan K.C. Mani sebanyak 33.3 juta kenderaan berdaftar di seluruh negara tahun lalu berbanding jumlah penduduk seramai 32.6 juta.
Sekiranya kenderaan semakin bertambah di negara ini, adakah ini bermakna syarikat pengedar kenderaan membuat keuntungan yang besar sejak kebelakangan ini?
Jom kita lihat 3 syarikat pengedar kenderaan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
1. Bermaz Auto Berhad (BAUTO)

Bermaz Auto Berhad (BAUTO) mempunyai modal pasaran sekitar RM2.095 bilion. Jumlah saham BAuto adalah 1.164 bilion unit. BAuto mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada November 2013.
Bermaz Auto Berhad mempunyai beberapa anak syarikat yang bertanggungjawab untuk mengedar kenderaan jenama Mazda, Peugeot dan Kia.

Tahun 2021 menyaksikan prestasi yang baik bagi perolehan dan keuntungan bersih BAuto. Trend di atas juga melihatkan perolehan serta keuntungan BAuto akan meningkat dari suku pertama sehingga suku keempat.
Pelanggan berkemungkinan cenderung untuk membeli kenderaan pada hujung tahun. Setakat ini, tahun 2022 dilihat tidak sebaik tahun 2021.

Sebanyak 11,711 unit kenderaan berjaya dijual di Malaysia dan Filipina pada tahun 2020 manakala sebanyak 14,685 unit dijual pada tahun 2021.
Baca: Peminat Kereta Mazda, Tahu Tak Saham Pengedar Mazda Tersenarai di Bursa Malaysia
Keuntungan bersih suku keempat 2022 BAuto juga meningkat 18%, dan melaporkan akan mengagih dividen sebanyak 4.5 sen sesaham.
2. DRB-Hicom Berhad (DRBHCOM)

DRB-Hicom Berhad (DRBHCOM) mempunyai modal pasaran sekitar RM2.281 bilion. Jumlah saham DRBHCOM adalah 1.933 bilion unit. DRB-Hicom adalah salah satu konglomerat terbesar di Malaysia dan terlibat terutamanya dalam sektor automotif, perkhidmatan dan hartanah.
Kumpulan DRB-Hicom memiliki lebih daripada 80 syarikat beroperasi dalam pelbagai sektor. Bahagian automotif DRB-Hicom memiliki Proton Holdings Berhad (Proton), Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) serta Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM).

Kerugian bersih DRB-Hicom telah melebar kepada RM25.74 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2022. Kerugian ini adalah lebih besar jika dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya, selaras dengan hasil yang dicatatkan adalah lebih rendah.
3. UMW Holdings Berhad (UMW)

UMW Holdings Berhad (UMW) mempunyai modal pasaran sekitar RM3.879 bilion. Jumlah saham UMW adalah 1.168 bilion iaitu paling sedikit dan ringan jika dibandingkan dengan BAuto dan DRB-Hicom.
Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan dalam empat segmen perniagaan teras iaitu automotif, jentera, pembuatan & kejuruteraan serta aeroangkasa.
Antara jenama kenderaan yang dijual di bawah UMW adalah Toyota, Perodua dan Lexus.


Terdapat peningkatan yang ketara dalam hasil perolehan UMW bagi dua suku terkini dan ini menyumbang kepada keuntungan syarikat.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Bursa Marketplace, Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi pemegang saham utama dalam UMW. Pelabur institusi luar negara juga dilihat merupakan antara pemegang saham utama dalam UMW.
Adakah anda merasakan industri automotif akan terus meletup pada masa yang akan datang dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat sektor automotif?
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




