• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

OCBC Malaysia, Hong Leong Naikkan SBR, BR, BLR/BFR Sebanyak 0.25 Peratus Berkuat Kuasa 14 Sept

in Berita
A A
OCBC Malaysia, Hong Leong Naikkan SBR, BR, BLR/BFR Sebanyak 0.25 Peratus Berkuat Kuasa 14 Sept
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan anak syarikat perbankan Islamnya OCBC Al-Amin Bank Bhd akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR)/kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus, berkuat kuasa 14 Sept, 2022.

Ini sejajar dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 0.25 peratus baru-baru ini, menurut OCBC Malaysia dalam kenyataan pada Isnin.

“Semua pinjaman dan kadar pembiayaan berdasarkan SBR, BR dan BLR/BFR akan meningkat pada kadar yang sama,” jelasnya.

OCBC Malaysia menjelaskan SBR akan meningkat kepada 2.50 peratus daripada 2.25 peratus; BR naik kepada 3.33 peratus daripada 3.08 peratus manakala BLR/BFR pula pada 6.26 peratus berbanding 6.01 peratus sebelum ini.

Semua kadar deposit tetap konvensional dan kadar deposit Islam juga akan meningkat sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa hari yang sama.

Sementara itu, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank juga akan menaikkan SBR kepada 2.50 peratus, berkuat kuasa 13 Sept.

BR dan Kadar Asas Islam (IBR) juga akan disemak kepada 3.38 peratus daripada 3.13 peratus.

“Begitu juga, pinjaman dan pembiayaan berasaskan BLR dan Kadar Pembiayaan Islam (IFR) akan disemak kepada 6.39 peratus daripada 6.14 peratus,” jelasnya dalam kenyataan.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In