• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

MDV Salur Dana Berjumlah RM40 Juta

in Berita
A A
MDV Salur Dana Berjumlah RM40 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Malaysia Debt Venture Bhd (MDV) telah menyalurkan RM40 juta daripada RM60 juta dana yang disasarkan pada tahun ini dan pada masa yang sama berhasrat meluaskan perkhidmatan pembiayaannya untuk menyokong lebih banyak syarikat pemula niaga teknologi Malaysia dalam memastikan syarikat pemula ini kekal di dalam negara.

Pengerusi MDV Khairul Azwan Harun berkata dana ini diagihkan menerusi dana pembiayaan mudah tunai untuk pemula niaga teknologi (LIFTS) dan Skim Jaminan Dana Mikro Penerokaan Teknologi MDV.

“Kita mahu menjangkau ke lebih banyak syarikat pemula niaga bagi memastikan syarikat-syarikat ini kekal di dalam Malaysia,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sidang media itu dianjurkan bersempena dengan KL Venture Finance Forum 2022 (KLVF2022) yang merupakan forum modal teroka kewangan yang julung kali diadakan di Malaysia.

KLVF 2022 yang akan berlansung pada 12 Sept 2022 akan menghimpunkan penceramah tempatan serta antarabangsa dari sektor pengurusan dan kewangan serta syarikat pemula tempatan yang berjaya dan berstatus teknologi unikorn.

Khairul Azwan menegaskan bahawa KLVF amat penting bagi mengumpulkan pemain-pemain industri dan mengukur sejauhmana tahap kompetitif syarikat pemula negara.

Mengulas mengenai landskap tempatan pemula teknologi tempatan, beliau menjelaskan bahawa Malaysia secara seluruhnya harus menyusun strategi pengekalan (retention strategy) dalam memastikan syarikat pemula tempatan kekal beroperasi di dalam negara.

“Syarikat-syarikat pemula dari pelbagai sektor memanfaatkan hasil penyelidikan dan pembangunan yang dihasilkan di universiti- universiti tempatan dan kemudian berhijrah ke negara jiran dan negara serantau seperti Hong Kong, Timur Tengah untuk mendapatkan akses kepada dana serta memperoleh dana yang lebih mudah. 

“Amat penting bagi kita untuk memastikan syarikat pemula ini kekal disini dan tidak meninggalkn Malaysia,”tegas beliau.

Khairul Azwan turut berkata negara- negara Asia terutamanya Malaysia harus mengambil peluang pembiayaan syarikat pemula niaga memandangkan pelabur Eropah dan Amerika Syarikat (AS) berkembang dengan lebih perlahan.

“Kita melihat trend “winter funding” oleh pelabur eropah serta AS berikutan ketidaktentuan disebabkan konflik Ukraine-Rusia dan sebagainya,”jelas beliau lagi. 

Mengulas mengenai fintech serta skim beli dahulu bayar kemudian (BNPL), Khairul Azwan berkata MDV telah menyalurkan dana sejumlah RM25 juta kepada dua syarikat teknologi berasaskan BNPL dan sedang meneliti dua lagi syarikat yang beroperasi dalam bidang tersebut.

Sementara itu, melangkah ke masa depan, MDV akan memperluaskan jejak dan perkhidmatannya untuk menjangkau lebih banyak syarikat teknologi dalam sektor yang belum dimanfaatkannya bagi memastikan liputan pembiayaannya adalah lebih holistik.

MDV akan terus menghulurkan bantuan kepada syarikat pemula niaga Malaysia melalui perkongsian antarabangsa dan peluang pembiayaan. 

“MDV tidak berkompromi dalam komitmen kami untuk memastikan model pembiayaan jangka panjang dan mampan yang membolehkan kami menyokong perniagaan yang dipacu teknologi pada setiap langkah,” katanya.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In