• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Celcom, Allo Bekerjasama Tinjau Peluang Dalam Perkhidmatan Berkaitan Telekomunikasi

in Berita
A A
Celcom, Allo Bekerjasama Tinjau Peluang Dalam Perkhidmatan Berkaitan Telekomunikasi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Allo Technology Sdn Bhd (Allo), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meninjau kerjasama membabitkan pelaksanaan serta pembangunan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi.

Usaha itu termasuk aspek gentian, daya tahan rangkaian, kesalinghubungan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Internet Pelbagai Benda (IoT) membabitkan jaringan komunikasi antara benda, 5G dan juga penyelesaian pintar.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Celcom berkata kerjasama itu akan turut mempercepat pembangunan bandar pintar dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia melalui kesalinghubungan digital.

“Kolaborasi tersebut akan membolehkan pelancaran infrastruktur fiber yang lebih pantas daripada Allo, pakar bagi kesalinghubungan fiber optik terkemuka dan pada masa yang sama memudahkan penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan perindustrian yang disasarkan, stesen pangkalan rangkaian dan fiber di tapak terpilih Celcom,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din berkata dengan memanfaatkan infrastruktur gentian optik milik TNB sepanjang lebih 25,000 kilometer, pihak terbabit akan mempunyai liputan di seluruh Semenanjung bagi menyokong pelaksanaan kesalinghubungan jalur lebar secara pantas cekap kos.

“Kami percaya bahawa sektor ekonomi digital adalah kritikal untuk masa depan kemajuan ekonomi Malaysia. Peranan kami sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara turut berkait rapat dengan pelaksanaan rangkaian kesalinghubungan yang moden, berdaya harap dan meluas seperti digariskan dalam MoU antara Allo dan Celcom,” katanya.

Beliau berkata, kesalinghubungan kukuh yang ditawarkan oleh Allo dan Celcom mampu memacu pembentukan nilai yang menyeluruh ke segenap lapisan industri, pembentukan bandar pintar dan seterusnya keupayaan untuk mengubah landskap sosioekonomi negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Idham Nawawi berkata kerjasama strategik itu akan memanfaatkan kekuatan kedua-dua organisasi ke arah memacu pendigitalan kediaman dan perusahaan bagi rakyat Malaysia selain meningkatkan kecekapan operasi rangkaian yang ketara.

“Peluang bagi menyediakan kesalinghubungan fiber berkualiti tinggi dan mampu milik kepada kediaman di seluruh negara adalah meluas. Oleh itu, melalui perkongsian ini, kedua-dua pihak boleh memainkan peranan dan memberi impak besar ke arah pendigitalan masyarakat Malaysia,” katanya.

Kerjasama tersebut akan membolehkan usaha Allo dan Celcom untuk memacu kesalinghubungan dan pendigitalan merentas industri dengan penyelesaian teknologi dan perkhidmatan seperti Keselamatan Siber ICT, pengkomputeran awan, pusat data dan perkhidmatan terurus serta penyelesaian bagi bandar pintar yang menggunakan perkhidmatan IoT.

— BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In