• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih TNB Meningkat Kepada RM872 Juta, Umum Dividen 20 Sen

in Berita, Saham
A A
Stesen Janakuasa TNB Di Kenyir Beroperasi Semula
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM872.20 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun, 2022 daripada RM821.50 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Prestasi tersebut disumbangkan oleh peningkatan keuntungan operasi yang disokong oleh kerugian bersih instrumen kewangan yang lebih rendah.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat utiliti negara itu berkata keuntungan bersih bagi suku kedua tersebut bagaimanapun diimbangi oleh kenaikan ketara dalam kerugian tukaran mata wang asing serta perbelanjaan cukai.

Perolehan hasilnya melonjak kepada RM19.14 bilion daripada RM12.44 bilion sebelum ini, disebabkan oleh peningkatan “kekurangan kedudukan pemulihan” mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RM6.30 bilion berbanding RM314.6 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

TNB telah meluluskan dividen interim satu peringkat sebanyak 20 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 yang berjumlah RM1.15 bilion dan pengumuman berkaitan termasuk tarikh pembayaran akan diumumkan kelak.

Bagi tempoh selama enam bulan (separuh pertama), keuntungan bersih TNB susut kepada RM1.77 bilion daripada RM1.78 bilion sebelum ini, disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan cukai, termasuk tambahan RM257.3 juta bagi Cukai Makmur pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022.

Selain itu, hasil bagi separuh pertama itu meningkat kepada RM34.80 bilion berbanding RM23.92 bilion sebelum ini.

Menurut TNB, bagi kemajuan masa depan, walaupun prestasi lebih berdaya tahan dicatatkan pada separuh pertama 2022 yang didorong oleh peningkatan pertumbuhan tenaga sebanyak 5 peratus bagi tahun ke tahun, kumpulan itu sebaliknya masih berdepan cabaran selain terdedah kepada impak kenaikan harga bahan api yang meningkatkan baki belum terima.

“Kumpulan menjangkakan prestasi bagi 2022 adalah munasabah dan kekal berhati-hati terhadap impak kenaikan harga bahan api yang berterusan serta unjuran risiko kredit para pelanggan,” katanya.

Sehubungan itu, kumpulan terbabit akan terus melaksanakan langkah-langkah berhemat yang sejajar dengan keperluan operasi dan kewangan dalam usaha memastikannya untuk terus berdaya tahan.

— BERNAMA

Share378ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In