• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih MyEG Naik RM88.64 Juta Susulan Penyambungan Semula Pusat E-Perkhidmatan

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih MyEG Naik RM88.64 Juta Susulan Penyambungan Semula Pusat E-Perkhidmatan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Ogos  (Bernama) — MyEG Services Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM88.64 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM80.68 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas disebabkan penyambungan semula operasi pusat e-perkhidmatannya secara penuh di seluruh negara. 

Keputusan yang lebih baik itu juga disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada perkhidmatan pemadanan pekerjaan dalam kalangan pekerja asing dan sumbangan daripada penjualan token blockchain Zetrix. 

Hasil pula meningkat sedikit kepada RM161.79 juta daripada RM161.73 juta sebelumnya, kata pembekal perkhidmatan dan penyelesaian kerajaan elektronik dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Melangkah ke hadapan, MyEG menjangkakan untuk terus memperkenalkan perkhidmatan yang inovatif dengan memanfaatkan teknologi baharu di Malaysia serta di negara yang ia beroperasi bagi memacu pertumbuhan organik pada tahun kewangan 2022.

Dengan langkah kerajaan menarik balik sekatan perjalanan semasa pandemik, MyEG kini telah mula membawa teknologi ke hadapan dengan memperkenalkan platform blockchain Lapisan 1, iaitu Zetrix.

Pada masa yang sama, MYEG sedang bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk menyepadukan Zetrix dengan platform blockchain China — Xing Huo, katanya.

“Dengan kerjasama seperti itu, kumpulan akan dapat memperkenalkan perkhidmatan komersial yang boleh digunakan secara global.

“Lembaga pengarah optimistik dengan berhati-hati bahawa prospek jangka panjang untuk MyEG kekal positif kerana syarikat masih terus memperkenalkan perkhidmatan inovatif di Malaysia dan juga di peringkat global,” tambahnya.

MyEG mengumumkan dividen interim pertama satu peringkat sebanyak 0.25 sen bagi setiap saham biasa untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Dis, 2022, yang perlu dibayar pada 25 Nov, 2022.

— BERNAMA

Share278ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In