• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Berbaloi Ke Beli Saham Optimax?

in Asas Saham, Saham
A A
Berbaloi Ke Beli Saham Optimax?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Masih ingatkah anda dengan penyenarian sebuah syarikat iaitu Optimax pada tahun 2020?

IPO Optimax pada ketika itu berharga hanya RM0.30 seunit. Optimax disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada harga RM0.71 sesaham, premium sebanyak RM0.41. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada pemohon bertuah yang berjaya mendapat IPO Optimax, pastinya anda telah berjaya meraih lebih dari 100% seawal hari pertama penyenaraian.

Sumber: Optimax

Mudah bukan buat untung melalui IPO? Namun, sudah tentu anda perlu mengkaji prospektus terlebih dahulu untuk tahu IPO tersebut boleh dibeli ataupun tidak.

Baca: Senarai IPO Terbesar Dalam Sejarah

Sumber: Berita Harian

Gambar di atas merupakan gambar pengerusi Optimax Holdings Berhad, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sandy Tan pada majlis penyenaraian syarikat itu di Pasaran Ace Bursa Malaysia.

Jom kita berkenalan lebih mendalam tentang latar belakang syarikat ini.

Apa itu Optimax?

Mungkin masih ramai lagi yang belum kenal dengan syarikat Optimax Holdings Berhad.

Untuk pengetahuan anda, Optimax Holdings Berhad merupakan penyedia perkhidmatan pakar mata persendirian. Sejarah Optimax bermula pada tahun 1995 di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Optimax merupakan pelopor dalam pembetulan penglihatan menggunakan teknologi laser di Malaysia.

Pembetulan penglihatan secara laser bukan sahaja kaedah pembedahan yang baru dalam pasaran malah ia akan menjadi peluang kedua untuk memulakan kehidupan baru kepada semua orang yang mempunyai masalah penglihatan.

Saham Optimax

Optimax Holdings Berhad didagangkan dengan menggunakan simbol Optimax. Status saham ini yang patuh syariah membuka peluang kepada pelabur beragama Islam untuk turut melabur dalam syarikat ini.

Sumber: malaysiastock.biz

Memandangkan perniagaan Optimax adalah berkaitan dengan penjagaan penglihatan, saham syarikat ini dikategorikan di bawah sektor penjagaan kesihatan (healthcare).

Sumber: malaysiastock.biz

Setakat 6 Jun 2022, Optimax didagangkan pada nisbah PE 24.40, dengan modal pasaran sebesar RM332.10 juta. Earnings per Share (EPS) sebanyak 2.52 sen serta Return on Equity (ROE) sebanyak 13.26% juga memberi petunjuk positif terhadap syarikat.

Penglibatan Optimax Dalam Metaverse

Pada bulan Mac 2022 yang lepas, Optimax telah mengorak langkah menerokai metaverse dengan kumpulan Metabond.

Optimax Holdings Bhd menerokai metaverse melalui memorandum perjanjian (MoA) dengan Metabond Group Sdn Bhd.

Di bawah memorandum tersebut, Optimax akan diberi akses kepada sebidang tanah di dunia maya Soulbond, yang boleh dibangunkan untuk mempromosikan dan menyediakan produk serta perkhidmatan Optimax kepada pelawat serta para pemain Souldbond MMORPG.

Ini membolehkan Optimax mencapai jangkauan pelanggan dalam persekitaran dunia maya yang diwujudkan oleh Metabond. 

Prestasi Kewangan Optimax

Sumber: malaysiastock.biz

Sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada Ogos 2020, Optimax berjaya mencatatkan keuntungan pada setiap suku. Prestasi terbaik yang pernah direkodkan adalah pada suku ketiga 2021, dengan keuuntungan bersih sebanyak RM5.415 juta.

Optimax bagaimanapun menunjukkan sedikit penurunan bagi perolehan serta keuntungan bersihnya akhir-akhir ini.

Suku pertama 2022 menyaksikan Optimax berjaya menjana pendapatan sebanyak RM23.257 juta serta keuntungan bersih selepas cukai adalah sebanyak RM2.587 juta.

Sejarah Agihan Dividen

Sumber: malaysiastock.biz

Setakat ini Optimax mengagihkan dividen sebanyak dua kali kepada pemegang sahamnya dan kedua-duanya adalah sebanyak 1.9 sen sesaham.

Apakah pandangan anda terhadap saham Optimax?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share328ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In