• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih PetGas Susut Pada Suku Kedua Disebabkan Cukai Kemakmuran

in Berita, Saham
A A
Petronas, DNV Tandatangani MOU Untuk Penangkapan, Penggunaan Dan Penyimpanan Karbon
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PetGas) menyusut kepada RM396.50 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM439.07 juta setahun lepas, disebabkan kadar cukai efektif yang lebih tinggi berikutan pengenaan Cukai Kemakmuran bagi tahun taksiran 2022.

Hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM1.50 bilion daripada RM1.38 bilion pada suku kedua 2021, terutamanya disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi daripada segmen utiliti.

Pendapatan sesahamnya juga merosot kepada 20.04 sen pada suku kedua 2022 berbanding 22.19 sen pada suku kedua 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PetGas berkata hasil segmen utiliti meningkat sebanyak 35.5 peratus atau RM110.7 juta pada suku tersebut, terutamanya disebabkan harga produk yang lebih tinggi dan jumlah jualan elektrik yang lebih tinggi.

“Harga produk lebih tinggi sejajar dengan harga bahan api gas yang berdasarkan harga pasaran rujukan, manakala jumlah jualan elektrik meningkat berikutan pelaksanaan bekalan elektrik ke grid di bawah Susunan Penghantaran Baharu Yang Dipertingkatkan dari Ogos 2021 dan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, loji pemprosesan gas kumpulan itu telah mengekalkan prestasi operasi bertaraf dunia mereka, merekodkan kebolehpercayaan 100 peratus dan peningkatan hasil sebanyak 2.3 peratus atau RM9.8 juta tahun ke tahun disebabkan oleh insentif penggunaan gas dalaman yang lebih tinggi yang dicapai.

Terminal regasifikasi gas asli cecair PetGas di Sungai Udang, Melaka dan Pengerang, Johor mengekalkan prestasi kebolehpercayaan yang kukuh pada hampir 100 peratus pada suku tersebut.

Dari segi separuh pertama 2022, PetGas juga mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM807.08 juta berbanding RM955.47 juta pada separuh pertama 2021.

Melangkah ke hadapan, PetGas berkata ia menjangkakan akan kekal berdaya tahan didorong oleh kontrak jangka panjang yang memastikan aliran hasil yang stabil, terutamanya untuk pemprosesan gas, pengangkutan gas dan segmen perniagaan regasifikasi semula.

Kumpulan itu menekankan bahawa ia telah memperbaharui beberapa kontrak utiliti jangka panjang, yang meningkatkan margin segmen untuk prestasi suku kedua 2022 di tengah-tengah kos bahan api gas yang lebih tinggi.

Namun begitu, jangkaan kenaikan Harga Rujukan Malaysia, aliran ringgit yang lemah berbanding dolar AS dan pengenaan Cukai Kemakmuran boleh memberi kesan kepada prestasi keseluruhan kumpulan, tambah PetGas.

“Kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada prestasi operasi yang cemerlang dan kekal komited untuk memastikan tahap pulangan yang mampan kepada para pemegang saham kami,” katanya.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In