• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Sime Darby Property Naik Kepada RM105 Juta Pada Suku Kedua

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Sime Darby Property Naik Kepada RM105 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 melonjak kepada RM105.0 juta daripada RM23.21 juta setahun lepas, didorong oleh pelancaran produknya sepanjang tempoh pandemik yang mencatatkan jualan memberangsangkan.

Hasil bagi suku di bawah kajian juga meningkat 22.6 peratus kepada RM615.61 juta daripada RM501.97 juta sebelumnya, disumbangkan oleh kemajuan tapak pembangunan yang kukuh di perbandaran utamanya mulai bulan Jun serta jualan produk dengan margin yang lebih tinggi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata kumpulan itu kekal komited untuk mencapai sasaran pelancaran produknya sebanyak RM2.8 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) untuk tahun 2022.

Ia berkata produk bernilai RM1.5 bilion telah dilancarkan pada separuh pertama 2022 memperoleh purata kadar pengambilan 94 peratus untuk hartanah kediaman tidak termasuk produk berkanun setakat 7 Ogos.

“Kumpulan itu terus merekodkan hasil positif untuk menaikkan nilai daripada pengurusan simpanan tanah yang aktif dan pelaksanaan pengewangan manakala jumlah stok siap juga telah dikurangkan kepada RM319.9 juta pada 30 Jun, 2022,” katanya.

Keuntungan bersih kumpulan itu untuk separuh pertama 2022 meningkat kepada RM156.56 juta daripada RM89.31 juta sebelumnya manakala hasil meningkat kepada RM1.096 bilion daripada RM1.091 bilion setahun lalu.

Mengenai prestasi separuh pertama 2022, kumpulan itu berkata segmen pembangunan hartanah menyumbang 91.5 peratus daripada jumlah hasil kumpulan tersebut.

“Segmen pelaburan dan pengurusan aset turut mencatatkan prestasi yang baik, dirangsang oleh hasil lebih tinggi daripada KL East Mall yang mencerminkan kadar penghunian yang lebih baik sebanyak 80 peratus berbanding 73 peratus tahun lepas serta peningkatan jumlah pengunjung.

“Ia disokong lagi oleh bahagian keputusan kewangan yang lebih baik daripada Melawati Mall yang turut mencatatkan jumlah lebih tinggi dalam tempoh yang dikaji,” katanya.

Penyambungan semula aktiviti perniagaan pada suku keempat 2021 menyumbang kepada pendapatan RM41.2 juta segmen riadah.

“Sime Darby Property berada di landasan betul untuk melepasi sasaran jualan 2022 berdasarkan pencapaian jualan RM1.9 bilion kumpulan pada separuh pertama 2022 yang meliput kira-kira 73 peratus daripada sasaran setahun penuh RM2.6 bilion,” katanya.

Kumpulan itu juga berkata jualan belum dibilnya juga meningkat kepada RM3.4 bilion pada Jun 2022 berbanding RM1.8 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, ia menjamin keterlihatan pendapatan untuk dua tahun akan datang.

Sime Darby Property telah mengisytiharkan dividen interim pertamanya sebanyak 1.0 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berjumlah RM68 juta disebabkan keputusan separuh pertama 2022 yang kukuh.

Mengenai prospek, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican berkata kumpulan itu akan terus memperkenalkan lebih banyak produk seiring dengan kehendak pasaran, memandangkan permintaan yang menggalakkan daripada pelancarannya baru-baru ini.

“Kekukuhan kewangan kumpulan menerusi oleh tunai dan setara tunainya berjumlah RM820 juta dan tahap kadar hutang bersih sebanyak 30.3 peratus pada separuh pertama 2022, memastikan ia berada pada kedudukan yang baik untuk membiayai inisiatif pertumbuhan masa depan,” katanya.

Beliau juga memberitahu prestasi separuh pertama telah mengatasi jangkaan setakat ini dan kumpulan itu optimistik melepasi sasaran jualan tahun ini sebanyak RM2.6 bilion, disokong oleh pelancaran baharu melibatkan GDV bernilai RM2.8 bilion.

“Untuk baki tahun ini, banyak perkembangan baharu yang menarik termasuk pelancaran Stesen Janakuasa Battersea di United Kingdom pada bulan Oktober dan Dana Pembangunan Perindustrian yang kini sedang berjalan melalui usaha sama dengan LOGOS Property, ia merupakan sumber pendapatan berulang bagi kumpulan itu selaras dengan strategi jangka panjangnya,” tambahnya.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In