• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih PPB Group Meningkat Kepada RM693.41 Juta, Umum Dividen Interim 12 Sen

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih PPB Group Meningkat Kepada RM693.41 Juta, Umum Dividen Interim 12 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — PPB Group Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM693.41 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM183.47 juta dalam tempoh sama tahun lepas, disumbangkan terutamanya oleh peningkatan keuntungan dicatatkan oleh Wilmar International Ltd.

Perolehan hasil turut meningkat kepada RM1.58 bilion daripada RM1.08 bilion sebelum ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PPB berkata Wilmar yang juga syarikat sekutu tersenarai di Singapura dan antara pemilik ladang sawit terbesar dunia, menyumbang keuntungan sebanyak RM598 juta pada suku kedua 2022 berbanding RM249 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Selain Wilmar, konglomerat pelbagai cabang perniagaan itu berkata segmen-segmen lain turut membantu keuntungan syarikat di bawah tempoh kajian seperti segmen bijirin dan perniagaan pertanian yang menyumbang keuntungan berjumlah RM115 juta dalam suku kedua 2022 daripada kerugian RM72 juta pada suku kedua 2021.

Segmen perfileman dan pengedaran juga kembali meraih untung dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM22 juta bagi suku kedua 2022 berbanding kerugian RM34 juta dalam suku kedua 2021.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2022, keuntungan bersih PPB melonjak kepada RM996.57 juta daripada RM585.65 juta sebelum ini manakala hasil meningkat kepada RM2.96 bilion berbanding RM2.20 bilion sebelumnya.

Syarikat tersebut turut mengumumkan dividen interim sebanyak sebanyak 12 sen sesaham yang dibayar pada 28 Sept, 2022.

Melangkah ke hadapan, PPB berkata walaupun harga komoditi bijirin kembali stabil ke tahap menghampiri tempoh sebelum konflik Rusia-Ukraine susulan kebimbangan bekalan global berkurangan, impak aliran peningkatan harga bahan mentah ke atas kos pengeluaran serta kos logistik dijangka kekal.

“Segmen bijirin dan perniagaan pertanian akan meneruskan usaha bagi mengekalkan margin menerusi usaha peningkatan prestasi produk serta kecekapan operasi,” katanya.

Menyentuh prospek segmen filem dan pengedaran, syarikat itu berkata barisan filem yang disenaraikan untuk tayangan bagi separuh kedua 2022, dijangka memberi sumbangan positif kepada segmen terbabit.

Selain itu, prestasi Wilmar juga dijangkakan terus memberi sumbangan penting terhadap jumlah keuntungan kumpulan berkenaan.

— BERNAMA

Share467ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In