• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerajaan Salur RM20.941 Bilion Bagi Program Subsidi Upah Setakat 5 Ogos – Tengku Zafrul

in Berita
A A
Ekonomi Malaysia Kukuh, Kemungkinan Bankrap Seperti Sri Lanka Amat Tipis – Tengku Zafrul
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.941 bilion kepada 357,948 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan setakat 5 Ogos, 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata usaha yang bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja tempatan juga menyaksikan sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Permohonan subsidi upah yang diluluskan telah pun mencapai nilai RM12.958 bilion,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-108 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, sejumlah RM1.408 bilion di bawah PSU 2.0 Pakej Kita PRIHATIN telah disalurkan kepada 81,165 majikan untuk terus beroperasi selain mengekalkan penggajian bagi 719,294 pekerja. 

PSU 3.0 di bawah Belanjawan 2021 pula meliputi RM3.776 bilion yang disalurkan kepada 162,319 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, PSU 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merangkumi RM2.579 bilion telah disalurkan kepada 164,004 majikan bagi mengekalkan penggajian untuk 1.92 juta pekerja. 

“PSU 5.0 di bawah Bajet 2022 membabitkan RM219.653 juta telah disalurkan kepada 8,018 majikan dan mengekalkan penggajian bagi 123,759 pekerja,” katanya.

Setakat 12 Ogos lepas, program KPT-PACE di bawah PENJANA Bajet 2022 kendalian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyalurkan baucar tunai bernilai RM21.902 juta kepada 6,799 penuntut tahun akhir dan graduan menerusi pensijilan profesional berasaskan kepakaran, kata beliau.

Menurutnya, bagi tempoh sama, program MySTEP yang menawarkan peluang pekerjaan secara kontrak pula berjaya menempatkan seramai 40,095 pekerja iaitu masing-masing 20,773 orang ditempatkan di sektor awam manakala 19,322 lain dalam sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik. 

Selain itu, Tengku Zafrul turut mempelawa rakyat Malaysia untuk turut mengemukakan cadangan bagi Bajet 2023. 

“Sebagai pelengkap kepada Konsultasi Bajet pada 23 Ogos, 2022, Kementerian Kewangan telah melancarkan Portal Cadangan Bajet 2023 untuk meningkatkan keterbukaan pihak kerajaan menerusi penglibatan semua rakyat dalam proses penyediaan bajet tahunan yang lebih telus dan mencerminkan keperluan rakyat.

“Seluruh Keluarga Malaysia dijemput untuk mengemukakan cadangan dengan melayari laman web kementerian di pautan https://budget.mof.gov.my/bajet2023/,” katanya. 

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In