• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Kekalkan Prestasi Positif, Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka 0.15 peratus lebih tinggi hari ini, dirangsang oleh sentimen yang bertambah baik, menyaksikan indeks penanda aras itu kembali melepasi paras 1,500, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 2.29 mata untuk mencapai paras 1,497.78 daripada penutupan urus niaga Khamis 1,495.49.

Indeks utama itu memulakan dagangan pagi ini 0.89 mata lebih kukuh pada 1,496.38.

Bagi pergerakan harga di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 190 berbalas 188, manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 273.54 juta unit bernilai RM163.66 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, sentimen kenaikan harga pada sesi pembukaan hari ini disokong lagi oleh beberapa laporan pendapatan positif semalam, justeru,  indeks komposit dijangka bergerak dalam julat 1,500-1,515.

“Minat belian akan tertumpu kepada saham berkaitan perbankan dan teknologi hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah Wall Street ditutup pada paras tertinggi seharian semalaman, menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell di Jackson Hole lewat hari ini.

Purata DJI memperoleh 322 mata manakala Nasdaq melonjak sebanyak 208 mata apabila hasil 10 tahun AS susut sedikit kepada 3.03 peratus.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa  — Public Bank menambah satu sen pada RM4.62, Petronas Chemicals meningkat lima sen menjadi RM8.70, Maybank tidak berubah pada RM8.84 dan CIMB susut dua sen pada RM5.38.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik menokok setengah sen menjadi empat sen, Coraza Integrated Technology meningkat satu sen kepada 85.5 sen, MQ Technology tidak berubah pada empat sen dan Jaks Resources turun tiga sen menjadi 29.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lebih tinggi sebanyak 10.15 mata menjadi 10,635.98, Indeks FBMT 100 menokok 13.19 mata kepada 10,379.20 manakala FBM 70 memperoleh 5.39 mata kepada 12,741.61.

Indeks FBM ACE turut meningkat 19.04 mata kepada 5,009.91 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 19.03 mata kepada 10,775.87.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meraih 18.87 mata untuk mencatatkan paras 6,972.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.42 mata kepada 183.47 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.14 mata menjadi 16,646.49 manakala Indeks Tenaga turun 8.17 mata kepada 724.68.

— BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In