• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Suku Kedua Sunway BHD Meningkat Susulan Prestasi Lebih Baik Segmen Perniagaan

in Berita, Saham
A A
Untung Suku Kedua Sunway BHD Meningkat Susulan Prestasi Lebih Baik Segmen Perniagaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Sunway Bhd mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda kepada RM168.88 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 berbanding RM70.52 juta pada 2021, didorong sumbangan operasi yang lebih kukuh daripada kebanyakan segmen perniagaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata hasil turut melonjak kira-kira dua pertiga kepada RM1.28 bilion daripada RM767.30 juta sebelum ini berikutan prestasi lebih baik bagi semua segmen.

Walaupun hasil melonjak 94.3 peratus kepada RM286.40 juta, segmen pembangunan hartanah kumpulan hanya mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 12.4 peratus tahun ke tahun kepada RM25.7 juta.

“Berikutan penggunaan Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 15, keuntungan pembangunan daripada dua projek pembangunan hartanah kumpulan yang sedang dijalankan di Singapura hanya akan diiktiraf selepas projek tersebut siap dan diserahkan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya keuntungan progresif terkumpul berkaitan projek-projek ini sehingga akhir suku kedua tahun kewangan 2022 berjumlah RM87.5 juta dengan RM17.6 juta yang dicatatkan pada suku itu tidak diiktiraf.

Sementara itu, segmen pelaburan hartanah mencatatkan PBT berjumlah RM53.43 juta berbanding kerugian RM16.02 juta pada tahun sebelumnya, manakala PBT perniagaan pembinaan melonjak 414.7 peratus tahun ke tahun kepada RM44.40 juta.

Segmen lain yang turut memperlihatkan prestasi memberangsangkan adalah penjagaan kesihatan, dengan meraih peningkatan PBT sebanyak 68 peratus kepada RM44.71 juta. 

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen tunai interim pertama sebanyak dua sen sesaham biasa pada tahun kewangan 2022 (satu sen pada 2021) serta dividen keutamaan 5.25 peratus setahun (berdasarkan harga terbitan RM1) bagi setiap saham keutamaan boleh tukar tidak boleh ditebus bagi separuh pertama tahun kewangan 2022.

Keuntungan bersih dalam tempoh enam bulan menokok 140 peratus tahun ke tahun kepada RM308.99 juta berikutan hasil yang lebih tinggi berjumlah 48.3 peratus kepada RM2.39 bilion.

Ketua Pegawai Kewangan kumpulan Sunway Chong Chang Choong berkata prestasi kewangan kumpulan terus mengukuh pada suku tersebut, didorong pemulihan yang stabil dalam permintaan domestik apabila aktiviti ekonomi terus dijalankan seperti biasa selepas pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa.

“Kumpulan menjangkakan untuk terus meraih manfaat daripada pemulihan ekonomi yang berterusan, terutamanya dalam segmen senggang dan hospitaliti berikutan permintaan ke atas pelancongan domestik yang semakin baik dan pertambahan ketibaan pelancong.

“Selain itu, segmen penjagaan kesihatan akan turut mendapat manfaat daripada pemulihan sektor pelancongan perubatan berikutan perjalanan antarabangsa telah kembali seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.

Walaupun risiko penurunan mungkin berlaku dalam pemulihan itu pada masa akan datang disebabkan jangkaan kenaikan inflasi dan kadar faedah lebih tinggi, Chong berkata ekonomi domestik diramal berupaya mengharungi cabaran dan mengekalkan momentum pertumbuhan.

— BERNAMA 

Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In