• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Tahun Kewangan 2022 Hibiscus Petroleum Melonjak Kepada RM613 Juta

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih Tahun Kewangan 2022 Hibiscus Petroleum Melonjak Kepada RM613 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022 melonjak kepada RM613.06 juta daripada RM103.68 juta, dipacu oleh sumbangan aset yang dibeli baru-baru ini serta harga minyak yang tinggi.

Hasil meningkat kepada RM1.70 bilion berbanding RM804.78 juta manakala pendapatan asas sesaham berada pada 30.52 sen berbanding 5.91 sen sebelumnya.

Prestasi tahun penuh cemerlang itu didorong oleh lonjakan keuntungan bersih suku keempat berakhir 30 Jun 2022 (suku keempat tahun kewangan 2022) kepada RM215.51 juta daripada RM49.60 juta dengan hasil meningkat kepada RM868.37 juta berbanding RM253.02 juta. Dalam satu kenyataan syarikat itu berkata dengan aset yang baru dibeli baru-baru ini sepenuhnya pada suku keempat tahun kewangan 2022, kumpulan itu berjaya mencapai sasaran tahun kewangan 2022.

Syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas itu mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 1.0 sen sesaham biasa.

Kumpulan itu juga mengumumkan bahawa ketika ia bergerak ke hadapan ke tahun fiskal 2023, ia menyasarkan untuk menjual 7.2 hingga 7.5 MMboe (juta tong bersamaan minyak) minyak, kondensasi dan gas, mewakili peningkatan lebih 50 peratus berbanding pencapaiannya pada tahun kewangan 2022.

“Pada Januari 2022, kami berjaya menyempurnakan pembelian aset minyak dan gas berkualiti tinggi daripada Repsol Exploración, S.A. Disebabkan harga minyak yang tinggi, volum tambahan yang dihasilkan oleh aset yang diperoleh baru-baru ini telah membolehkan kami menutup tahun kewangan 2022 dengan prestasi yang lebih kukuh,” kata Pengarah Urusan Kenneth Pereira.

“Secara keseluruhan, kami kekal komited untuk memberikan nilai untuk semua pemegang kepentingan kami dengan bekerja dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab sambil melaksanakan matlamat ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) kami,” tambahnya. “Sebahagian daripada usaha ini juga melibatkan dialog berterusan dengan pengawal selia dan kami menghabiskan banyak usaha dalam bidang ini, terutamanya dalam tempoh ketika kerajaan mengutamakan isu mengenai jaminan tenaga jangka panjang.”

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In