• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih TM Naik Kepada RM378.06 Juta Pada Suku Kedua

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih TM Naik Kepada RM378.06 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM378.06 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022, naik 73 peratus daripada RM218.59 juta pada suku yang sama sebelumnya disebabkan keuntungan operasi yang lebih tinggi dan kos kewangan bersih lebih rendah.

Hasil operasi kumpulan meningkat sebanyak 11.8 peratus kepada RM3.09 bilion pada S2 berbanding RM2.76 bilion sebelum ini berikutan prestasi kukuh merentas setiap segmen pelanggan dan peningkatan mendadak dalam hasil daripada semua rangkaian perkhidmatan khususnya Internet dan Data.

Usaha pengoptimuman membolehkan TM merekodkan kos tenaga kerja dan perbelanjaan operasi lain yang lebih rendah yang membawa kepada pendapatan sebelum faedah dan cukai lebih tinggi kepada RM702.7 juta, melonjak 81.3 peratus daripada RM387.6 juta tahun ke tahun.

TM juga berkata ia mengguna pakai kadar cukai berkanun Cukai Makmur sebanyak 33 peratus sewajarnya untuk suku semasa. Sebagai tambahan kepada inisiatif pengoptimuman kos seluruh kumpulan, lonjakan hasil membantu memacu peningkatan aliran tunai percuma sebanyak 36.4 peratus kepada RM730.5 juta tahun ke tahun, meletakkan syarikat dalam kedudukan yang kukuh untuk membuat pelaburan masa hadapan dan mengurangkan hutang.

TM juga mengisytiharkan dividen interim sebanyak 9.0 sen sesaham.

Skim Pelaburan Semula Dividen (DRS) boleh digunakan untuk peringkat dividen ini untuk memberikan fleksibiliti kepada pemegang saham, membolehkan penyertaan ke dalam momentum pertumbuhan berterusan TM.

“Pada pertengahan tahun 2022, prestasi dan keputusan kewangan kami menunjukkan keupayaan TM untuk menguruskan perniagaan kami dengan berkesan walaupun menghadapi masalah yang timbul daripada persekitaran perniagaan yang mencabar dan berdaya saing.

“Keputusan kewangan ini juga merupakan bukti kukuh kepada perjalanan transformasi kami dan komitmen kami untuk menyampaikan Digital Malaysia yang mampan dan inklusif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Imri Mokhtar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, unifi akan meneruskan trajektorinya untuk menyediakan penyelesaian tertumpu kepada pelanggan kediaman dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana). Unifi Business secara khususnya akan menggandakan usahanya untuk menyediakan cadangan baharu untuk mengadakan sesi libat urus dengan pelanggan PKS termasuk kempen promosi dan pilihan pembiayaan.

Untuk enam bulan pertama, keuntungan bersih TM berjumlah RM717.91 juta berbanding RM544.06 juta sebelumnya manakala hasil meningkat kepada RM5.98 bilion berbanding RM5.57 bilion sebelumnya.

TM sambut baik seruan kerajaan supaya industri mengambil bahagian dalam DNB

“Melangkah ke hadapan, 5G akan menyamakan kedudukan dan mengubah industri daripada persaingan berasaskan rangkaian kepada berasaskan perkhidmatan. TM mengalu-alukan gesaan kerajaan supaya industri mengambil pegangan ekuiti dalam Digital National Bhd (DNB).”

Imri berkata 5G akan membuka dan mengembangkan peluang dan pertumbuhan untuk semua segmen perniagaan TM iaitu pengguna, PKS, perusahaan, pemborongan dan perkhidmatan digital.

“Kami dijadual melancarkan produk dan penyelesaian yang didayakan 5G serta membuka nilai untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Sebagai juara konvergen di Malaysia, kami percaya 5G akan mengukuhkan cadangan konvergen kami, dan pelanggan kami akan digalakkan untuk beralih kepada 5G dalam tempoh terdekat.

“Secara keseluruhan, pertumbuhan dan pembezaan TM, sama ada dalam 5G, jalur lebar tetap atau pendigitalan, ia akan bergantung kepada mencipta dan menawarkan pengalaman pelanggan yang luar biasa dan meneruskan evolusi kami ke arah menjadi syarikat teknologi berpaksikan manusia,” katanya.

— BERNAMA

Share271ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In