• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih TH Plantations Susut 63 Peratus Kepada RM9.76 Juta

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih TH Plantations Susut 63 Peratus Kepada RM9.76 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) susut 63 peratus kepada RM9.76 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding RM26.57 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas disebabkan oleh “perubahan nilai saksama dalam aset biologi.” 

Perubahan nilai saksamanya dalam aset biologi menguncup 288.5 peratus kepada negatif RM20.90 juta daripada RM11.08 juta sebelum ini. 

Perolehan bagaimanapun, meningkat 42 peratus kepada RM250.45 juta berbanding RM176.15 juta berikutan hasil yang lebih tinggi daripada realisasi purata harga yang lebih baik bagi minyak sawit mentah (MSM), isirong (PK) dan tandan buah segar (FFB).

Purata harga direalisasikan untuk MSM serta PK masing-masing melonjak 59 peratus dan 61 peratus kepada RM5,346 dan RM3,960 satu tan. 

Bagaimanapun, jumlah jualan adalah lebih rendah bagi MSM dan PK, masing-masing menurun sebanyak 5.5 peratus serta 3.1 peratus kepada 63,092 tan dan 15,086 tan.

THP menjangkakan harga produk minyak sawit kekal kukuh serta akan disokong sepanjang separuh kedua tahun ini, memandangkan tahap inventori Malaysia yang agak rendah secara keseluruhan, permintaan yang stabil dan bekalan minyak boleh dimakan global yang terhad.

“Kumpulan ini akan terus menghadapi cabaran kekurangan tenaga kerja asing yang teruk sepanjang 2022.

“Oleh itu, kumpulan akan mengambil semua langkah yang mungkin untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja asing. Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, lembaga pengarah meramalkan prestasi kewangan bagi tahun kewangan 2022 akan memuaskan,” katanya.

— BERNAMA 

Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In