• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Pertama Matrix Concept Melonjak Kepada RM47 Juta

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih Suku Pertama Matrix Concept Melonjak Kepada RM47 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Matrix Concepts Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 30 Jun, 2022 meningkat kepada RM47.04 juta daripada RM31.69 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil melonjak 40.3 peratus kepada RM229.26 juta daripada RM163.44 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata peningkatan hasil terutamanya disebabkan sumbangan sebanyak RM201.9 juta daripada produk kediaman dan komersial kumpulan, peningkatan 32.5 peratus secara tahunan.

“Ini selaras dengan ketiadaan sekatan untuk beroperasi akibat COVID-19 yang dialami sebelum ini sepanjang suku yang sama berakhir 30 Jun, 2021.

“Prestasi hasil kumpulan seterusnya disokong oleh sumbangan hasil yang lebih tinggi daripada produk perindustriannya di Sendayan TechValley, dengan sejumlah RM17.5 juta diiktiraf pada suku tersebut, peningkatan sebanyak 451.1 peratus atau RM14.3 juta daripada sebelumnya,” katanya.

Kumpulan itu berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran yang dialami oleh pasaran hartanah dan ekonomi Malaysia secara umum, ia berjaya mencatatkan jualan hartanah baharu yang lebih baik sebanyak RM309.2 juta bagi suku tersebut kerana ia memfokuskan kepada segmen premium mampu milik yang terus mendapat manfaat daripada permintaan yang sihat.

Sementara itu, kumpulan itu menyatakan bahawa jualannya yang belum dibilkan sebanyak RM1.3 bilion pada 30 Jun 2022 memberikan kejelasan pendapatan yang kukuh dalam tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang.

Melangkah ke hadapan, Matrix berkata ia yakin namun berhati-hati dalam mengekalkan prestasi yang lebih baik pada tahun kewangan 2023, disokong oleh permintaan yang menggalakkan untuk pembangunan yang sedang berjalan, pemulihan ekonomi yang berterusan dan persekitaran kadar faedah yang rendah walaupun terdapat semakan dalam kadar dasar semalaman kepada 2.25 peratus yang diumumkan pada 6 Julai, 2022 oleh Bank Negara Malaysia.

— BERNAMA

Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In