• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Skim Sukuk SRI Dan Geran Bon Diperluas Untuk Memudahcara Kewangan Mampan

in Berita
A A
Skim Sukuk SRI Dan Geran Bon Diperluas Untuk Memudahcara Kewangan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan peluasan Skim Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) dan Geran Bon (Geran) bagi memudahcarakan syarikat menjana sukuk dalam memenuhi keperluan kewangan mampan mereka.

SC berkata geran tersebut juga kini diperluaskan kepada sukuk berkaitan SRI yang diterbitkan di bawah Rangka Kerja Sukuk berkaitan SRI (Rangka Kerja) yang diperkenalkan pada Jun 2022.

“Peluasan geran itu akan membolehkan penerbit sukuk berkaitan SRI yang layak untuk mengimbangi sehingga 90 peratus daripada kos semakan luaran yang ditanggung, tertakluk kepada jumlah maksimum RM300,000 bagi setiap terbitan

“Peluasan itu adalah sebahagian daripada keutamaan Pelan Induk Pasaran 3 untuk memudahcarakan peralihan kewangan yang menyokong komitmen dan aspirasi negara untuk beralih kepada ekonomi rendah karbon dan berdaya tahan iklim,” kata SC dalam satu kenyataan.

Badan berkanun itu berkata pelan induk tersebut bermatlamat menggalakkan penerbitan sukuk berkaitan SRI oleh syarikat korporat dalam industri intensif karbon ketika mereka beralih ke arah amalan kemampanan yang lebih baik dan aktiviti rendah karbon.

Geran tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Skim Geran Sukuk SRI Hijau, juga terpakai untuk sukuk yang diterbitkan di bawah Rangka Kerja Sukuk SRI SC dan bon yang diterbitkan di bawah Piawaian Bon Hijau, Sosial dan Kemampanan ASEAN.

“Ciri perbezaan utama berkenaan Rangka Kerja ialah keperluan untuk mempunyai semakan luaran sebelum dan selepas terbitan, kerana SC percaya ia adalah penting dalam memberikan pendapat dan pengesahan bebas mengenai objektif mampan penerbit serta keselarasannya terhadap Rangka Kerja tersebut,” katanya.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In