• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku Kedua SDP Meningkat 32 Peratus

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Suku Kedua SDP Meningkat 32 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Plantation Bhd (SDP) melonjak 32 peratus kepada RM812.0 juta dalam suku kedua (S2) yang berakhir pada 30 Jun, 2022, daripada RM617.0 juta pada suku yang sama tahun lepas susulan purata harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit yang tinggi. 

Hasil meningkat kepada RM5.59 bilion daripada RM4.41 bilion sebelumnya, kata kumpulan perladangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

“Harga MSM dan isirung sawit yang tinggi terus menyokong prestasi kukuh tahun ke tahun kumpulan, walaupun pengeluaran tandan buah segar (FFB) menerima impak daripada isu kekurangan buruh dalam operasi di Malaysia,” katanya.  

Pada S2, purata harga MSM dan isirung sawit meningkat sebanyak 44 peratus dan 40 peratus masing-masing kepada RM5,213 setan metrik dan RM3,339 setan metrik.

Dalam sektor hiliran, SDP berkata keuntungan sebelum faedah dan cukainya meningkat kepada RM243 juta pada suku semasa, disebabkan terutamanya margin tinggi dijana oleh operasi di Asia Pasifik, margin rendah yang direkodkan oleh kilang penapisan di Eropah dan penurunan kuantiti jualan di semua wilayah. 

Menurut syarikat itu, operasi lain merekodkan keuntungan tinggi terutamanya disebabkan oleh bahagian hasil yang lebih tinggi daripada usaha sama kumpulan. 

Pengarah Urusan Kumpulan Mohamad Helmy Othman Basha berkata kekurangan pekerja asing sah di Malaysia telah menjejaskan produktiviti SDP manakala langkah-langkah baharu yang dimulakan untuk mewujudkan persekitaran bekerja yang lebih baik telah meningkatkan kos pengeluaran.

Bagi menangani isu-isu ini, kumpulan telah mengambil langkah berani untuk melaksanakan proses penjenteraan, mengautomasi dan mendigitalkan kerja yang sebelum ini dilakukan secara manual, yang mengurangkan keperluan buruh, katanya.

“Walaupun kami melaksanakan pelan untuk proses penjenteraan, mengautomasikan operasi di Malaysia, kami telah memulakan usaha baharu untuk mentransformasikan kilang minyak sawit kami menjadi kemudahan keselamatan makanan yang diperakui dalam seluruh operasi kami. 

“Dengan pelaksanaan usaha ini, Kumpulan berhasrat untuk menarik lebih ramai tenaga kerja tempatan dan berkemahiran tinggi menyertai ladang kami. Kami komited untuk meneruskan usaha yang membawakan perubahan positif kepada industri,” katanya. 

Mengenai prospek masa depan,, SDP menjangka harga MSM kekal kukuh sekurang-kurangnya sehingga akhir 2022 dengan kelewatan pengambilan pekerja asing baharu terus menjejaskan aktiviti penuaian kumpulan dalam operasinya di Malaysia.

Ini dijangka memberi kesan kepada keseluruhan pengeluaran FBB kumpulan yang dijangka rendah berbanding tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 (TK2021), katanya.

SDP mengisytiharkan dividen interim 10 sen sesaham bagi Tahun Kewangan 2022, meningkat daripada 7.90 sen sesaham pada Tahun Kewangan 2021 yang akan dibayar pada 18 Nov, 2022. 

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In