• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua LBS Bina Naik Kepada RM35.13 Juta

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih Suku Kedua LBS Bina Naik Kepada RM35.13 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos  (Bernama) — Keuntungan bersih LBS Bina Group Bhd meningkat kepada RM35.13 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM16.28 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Hasil melonjak kepada RM410.37 juta daripada RM265.92 juta sebelumnya, disumbang oleh segmen pembangunan hartanah yang lebih baik, kata pemaju itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.

Bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun, 2022, keuntungan bersih meningkat kepada RM65.29 juta daripada RM41.43 juta manakala hasil melonjak kepada RM819.39 juta berbanding RM668.47 juta sebelumnya.

Segmen pembangunan hartanah yang positif pada separuh pertama sebahagian besarnya dipacu oleh permintaan kukuh yang berterusan untuk projek pembangunan yang sedang dijalankan iaitu LBS Alam Perdana di Bukit Jalil, KITA @ Cybersouth di Dengkil dan Alam Awana Industrial Park di Shah Alam.

“Projek pembangunan di Lembah Klang kekal sebagai penyumbang hasil terbesar, menyumbang 84 peratus daripada hasil kumpulan untuk tempoh kewangan semasa,” katanya.

Sementara itu berdasarkan pecahan, pendapatan daripada segmen pembinaan dan perdagangan berjumlah RM304 juta, pendapatan segmen pengurusan dan pelaburan (RM33 juta), segmen litar lumba permotoran (RM6.7 juta), hasil operasi perhotelan (RM4 juta), dan lain-lain (RM16 juta) dalam tempoh enam bulan pertama.

Mengenai prospek, LBS Bina berkata kumpulan itu merekodkan jualan hartanah sebanyak RM1.31 bilion pada 21 Ogos, 2022, dengan tempahan yang sedang berlangsung berjumlah RM313 juta.

Prestasi cemerlang ini disumbangkan oleh kejayaan projek LBS Alam Perdana Township, yang menyumbang 29 peratus (RM383 juta), diikuti projek LBS Kita @ Cybersouth Township yang menyumbang 20 peratus (RM259 juta).

Penyumbang ketiga terbesar adalah daripada projek rumah mampu miliknya, Idaman BSP (Bandar Saujana Putra), pada 17 peratus (RM218 juta), katanya.

“Kami percaya dengan pengecualian duti setem di bawah inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia akan terus memberi motivasi kepada pembeli rumah kali pertama,” tambahnya.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In