• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2022 IOI Properties Group Meningkat Kepada RM686.74 Juta

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2022 IOI Properties Group Meningkat Kepada RM686.74 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih tahun penuh IOI Properties Group Bhd meningkat kepada RM686.74 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2022 (Tahun Kewangan 2022) daripada RM660.21 juta sebelumnya.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil meningkat sebanyak empat peratus atau RM101.7 juta kepada RM2.59 bilion berbanding RM2.49 bilion sebelumnya, disokong terutamanya oleh pendapatan pajakan berulang daripada IOI Mall, Xiamen serta pemulihan kukuh dalam operasi gedung membeli belah dan segmen liburan serta hospitaliti di Malaysia. 

Bagi asas suku tahunan, keuntungan bersih suku keempatnya (S4 TK2022) berjumlah RM292.48 juta berbanding 118.37 juta pada tahun lalu. Hasil bagi suku tersebut berjumlah RM715.94 juta daripada RM658.65 juta tahun sebelumnya.

“Kami terus mencatatkan pemulihan kukuh dalam segmen runcit dan hospitaliti di Malaysia sejak sekatan pergerakan ditarik sepenuhnya yang memberikan prospek baik kepada kumpulan. 

“Kumpulan menjangkakan pendapatan pajakan berulang yang tinggi daripada pembukaan fasa 2 IOI City Mall yang dijadualkan pada akhir Ogos 2022 kerana ia bakal menjadi gedung membeli belah terbesar di Malaysia dengan ruang boleh disewa seluas 2.5 juta kaki persegi.

“Seiring dengan penambahan lebih 300 peruncit, IOI City Mall akan mempunyai lebih 700 peruncit secara keseluruhannya,” katanya.

Kumpulan itu juga bersedia untuk menampung peningkatan pelancongan antarabangsa dan domestik dengan pengubahsuaian dua hotelnya, Putrajaya Marriott Hotel dan Palm Garden Hotel, di Putrajaya.

Persekitaran operasi kumpulan di dalam dan luar Malaysia terus berdepan keadaan tidak menentu bagi tahun kewangan 2023 tetapi projek yang sedang diusahakan dan pelancaran baharu yang dirancang akan menyediakan asas kukuh serta kemampanan pendapatan.

Tidak ada dividen dicadangkan bagi suku semasa yang berakhir 30 Jun, 2022. 

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In