• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Suku-2 PetChem Meningkat Kepada RM1.87 Bilion

in Berita, Saham
A A
Keuntungan Bersih Suku-2 PetChem Meningkat Kepada RM1.87 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) meningkat sedikit kepada RM1.87 bilion pada suku kedua (S2) yang berakhir pada 30 Jun, 2022 (S2 Tahun Kewangan (TK) 2022) daripada RM1.86 bilion pada S2 TK2021.

PetChem dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata keuntungan bersih tinggi pada S2 TK2022 itu adalah hasil daripada keuntungan pertukaran asing tinggi ke atas penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada syarikat operasi bersama.  

Cabang kimia syarikat petroleum nasional Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata hasilnya meningkat kepada RM6.58 bilion daripada RM5.61 bilion, disumbang terutamanya daripada harga produk tinggi sejajar dengan peningkatan harga minyak mentah di tengah-tengah bekalan terhad, walaupun ia diimbangi sebahagiannya oleh kuantiti jualan rendah. 

Bagi tempoh kumulatif enam bulan berakhir 30 Jun, 2022, keuntungan bersih syarikat itu meningkat kepada RM3.95 bilion daripada RM3.32 bilion tahun lalu, manakala hasil melonjak kepada RM13.22 bilion daripada RM10.28 bilion sebelumnya.

Dalam satu kenyataan berasingan, PetChem berkata syarikat itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak 25 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (TK2022). 

“Dividen yang berjumlah RM2.0 bilion itu merupakan agihan dividen tertinggi setakat ini dan akan dibayar pada September 2022,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi kumpulan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata harga produk kekal kukuh pada S2 TK2022 disebabkan oleh harga minyak mentah dan gas asli yang tinggi yang membantu mengurangkan kesan pengeluaran dan jumlah jualan lebih rendah semasa aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan berjadual di loji baja kami di Sipitang, Sabah dan loji metanol di Labuan.

Beliau berkata kumpulan itu menyelesaikan semua aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan loji pada Separuh Pertama 2022 dan menjangka kadar penggunaan loji akan melebihi 90 peratus pada Separuh Kedua 2022.

Menurut makluman itu, PetChem merekodkan kadar penggunaan loji rendah sebanyak 72 peratus pada S2 TK2022 berbanding 97 peratus pada S2 TK2021 disebabkan terutamanya aktiviti pemulihan dan penyenggaraan yang tinggi yang menyebabkan pengeluaran dan kuantiti jualan rendah.

Mengenai prospek bagi Separuh Kedua 2022, Mohd Yusri berkata peningkatan kos bahan mentah dan operasi ditambah dengan sekatan pergerakan di China telah melemahkan permintaan, terutamanya bagi produk kimia hiliran.

“Harga olefin & derivatif dijangka stabil dengan peningkatan permintaan berikutan pelonggaran sekatan di China, menjelang aktiviti stok semula pada akhir tahun ini.

“Harga urea dilihat mempunyai beberapa pembetulan tetapi berkemungkinan akan kekal tinggi berbanding paras harga sejarah,” katanya. 

Mengenai projek pertumbuhan kumpulan, Yusri berkata aktiviti pengoperasian di Kompleks Bersepadu Pengerang mencatatkan kemajuan sejak Mei dan permulaan fasiliti petrokimia telah bermula secara berperingkat sejak Julai.

Beliau berkata pembinaan loji Nitril Butadiena Lateks di Pengerang dan etoksilat dan poliol khusus di Kerteh juga sedang berjalan lancar, lebih awal daripada tarikh operasi berjadual pada Separuh Kedua 2023.

Sementara itu, beliau berkata cadangan pengambilalihan Perstorp Holdings AB (Perstorp) dijangka selesai pada awal S4 TK2022. 

“Sebagai platform pertumbuhan dalam portfolio bahan kimia khusus kami, Perstorp akan meningkatkan prestasi dan nilai jangka panjang kami.

“Kami percaya pengambilalihan ini akan mengekalkan kesinambungan masa hadapan syarikat kami dalam menghadapi turun naik pasaran dan perubahan industri yang dinamik serta memajukan peralihan transformasi ke arah masa depan pelepasan karbon sifar bersih,” katanya. 

— BERNAMA

Share313ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In