• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sabah Raih RM5.1 Bilion Pelaburan Asing Bagi Tempoh 8 Bulan Pertama Tahun Ini – Ketua Menteri

in Berita
A A
Sabah Raih RM5.1 Bilion Pelaburan Asing Bagi Tempoh 8 Bulan Pertama Tahun Ini – Ketua Menteri
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) — Sabah merekodkan pelaburan asing berjumlah kira-kira RM5.1 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, angka tersebut dijangka melepasi paras RM7 bilion apabila projek pelaburan berimpak tinggi bernilai RM2 bilion yang kini sedang dilaksanakan di negeri ini diambil kira. 

Hajiji berkata ini juga secara efektifnya meletakkan Sabah sebagai penerima pelaburan asing ketiga terbesar di Malaysia.

“Kami menggerakkan momentum ini dan kami yakin Sabah adalah dan akan menjadi destinasi menarik bagi pelaburan.

“Saya telah menekankan sejak awal lagi bahawa kami mahu menjadi mesra pelabur dan akan mengurangkan semua halangan bagi memudahkan semua pelaburan,” katanya pada majlis makan malam bersempena dengan lawatan Duta-Duta Negara Arab ke Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam tadi. 

Antara yang hadir pada majlis makan malam tersebut ialah Duta Yaman ke Malaysia yang merupakan Dekan Arab Diplomatic Corps di Malaysia, Dr Adel Mohamed Ali Ba Hamid, Duta Emiriah Arab Bersatu ke Malaysia Khalid AlGhaith, Duta Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan dan Duta Jordan ke Malaysia Thamer Abdalla Mohammad Adwan

Turut hadir ialah Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali, Duta Qatar ke Malaysia Fahad Yousef Kafoud, Duta Libya ke Malaysia Mohamed AM Attia dan Charge D’Affaires (Pegawai Kuasa Usaha) Sudan di Malaysia Omer Mahgoub Ahmed Oushek.

Hajiji, yang juga merupakan Menteri Kewangan Sabah berkata beliau sangat yakin ekonomi negeri ini akan berkembang sejajar dengan ekonomi negara yang menurut Laporan Ekonomi 2022 oleh Kementerian Kewangan, dijangka mengukuh antara paras 5.5 peratus dan 6.5 peratus.

Beliau berkata perdagangan Malaysia dengan beberapa negara Arab sangat menggalakkan seperti jumlah perdagangan dengan Qatar, yang melonjak 130.2 peratus kepada RM2.87 bilion bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini berbanding RM1.25 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Begitu juga, jumlah perdagangan Malaysia dengan Arab Saudi meningkat sebanyak 116.7 peratus kepada RM16.98 bilion bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini berbanding RM7.84 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Malaysia menikmati hubungan dua hala yang baik dengan negara anda dan ini terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. 

“Bahagian-bahagian lain yang tidak kurang penting adalah hubungan budaya, teknikal dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan langsung asing tinggi (FDI) sebanyak RM26.7 bilion pada suku keempat tahun lepas diikuti RM23.3 bilion pada suku pertama 2022 dan RM24.1 bilion pada suku kedua 2022, menjadikan jumlah aliran masuk FDI bagi tempoh sembilan bulan pertama sebanyak RM74.1 bilion, melepasi jumlah FDI pada 2021, 2020, 2019 dan 2018.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In