• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua SP Setia Naik Kepada RM80.09 Juta

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih Suku Kedua SP Setia Naik Kepada RM80.09 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih SP Setia naik kepada RM80.09 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 berbanding RM74.81 juta setahun sebelumnya.

Kumpulan itu, bagaimanapun, mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM1.02 bilion daripada RM1.08 bilion sebelumnya, terutamanya disebabkan kurang sumbangan daripada jualan tanah dan inventori yang telah diselesaikan.

“Bagi suku dalam tinjauan, kumpulan melancarkan hartanah bertanah yang terdiri daripada teres dua tingkat, unit berkembar dan banglo dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM300.7 juta.

“Kadar penghunian dalam fasa baharu Setia Eco Templer bergerak melebihi 90 peratus manakala kadar penghunian di perbandaran Setia Eco Glades juga menggalakkan. Kumpulan itu juga menjadualkan semula pelancaran terpilih yang dirancang,” kata satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu menjangkakan jualan yang lebih kukuh pada separuh kedua tahun kewangan 2022 dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualannya sebanyak RM4.0 bilion.

“Disokong oleh jualan yang belum dibilkan berjumlah RM8.71 bilion pada 30 Jun 2022, ini akan memberikan pendapatan dalam jangka pendek hingga pertengahan.

“Walaupun menghadapi cabaran semasa yang mengganggu ekonomi dunia, kumpulan akan terus memantau keadaan untuk mencapai prestasi keseluruhannya,” katanya.

Kumpulan itu kini terikat dengan 47 projek yang sedang dijalankan dan baki simpanan tanah seluas 7,042 ekar. GDV kumpulan berjumlah RM120.88 bilion pada 30 Jun 2022.

 Sementara itu, satu kenyataan syarikat berkata ia telah memperoleh RM1.67 bilion jumlah jualan bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2022, dengan projek tempatan menyumbang RM1.38 bilion, atau 83 peratus daripada jumlah jualan, manakala baki RM294.0 juta daripada jualan antarabangsa.

Keuntungan bersih berjumlah RM147.59 juta dengan hasil RM1.89 bilion untuk separuh tahun kewangan pertama berakhir 31 Dis 2022, berbanding RM150.04 juta dan RM2.14 bilion, masing-masing setahun yang lepas.

Syarikat itu berkata ia menjual RM272.0 juta inventori yang telah siap, dan memperoleh tempahan bernilai RM559.0 juta yang akan menumpukan kepada penukaran kepada jualan,  kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Datuk Choong Kai Wai. 

— BERNAMA

Share271ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In