• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Unntuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi sedikit pada Jumaat, disokong minat belian yang muncul semula di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 0.22 mata kepada 1,516.84 daripada 1,516.62 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 0.20 mata lebih tinggi kepada 1,516.82.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 200 berbanding 150, manakala 241 kaunter tidak berubah, 1,719 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 191.51 juta unit bernilai RM121.12 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, memandangkan pasaran Amerika Syarikat (AS) masih mencari hala tuju, bursa tempatan mungkin tidak banyak hari ini ekoran aliran masuk dana asing yang lebih perlahan.

“Pelabur akan memberi tumpuan kepada musim pelaporan yang sedang berlaku untuk membeli dalam pasaran saham,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu juga menjelaskan, harga minyak mentah telah melonjak melebihi paras US$96 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) didagangkan melebihi RM4,000 satu tan.

“Kami berpendapat bahawa momentum positif dalam sektor tenaga akan kekal memandangkan harga minyak mentah menunjukkan peningkatan manakala syarikat minyak dan gas terpilih telah melaporka prestasi yang baik.

“Selain itu, sektor seperti perbankan, pengguna dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dijangka kekal menarik sepanjang musim pelaporan keuntungan,” tambahnya.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menambah 10 sen kepada RM8.85, IHH Healthcare dan CIMB masing-masing naik 1.0 sen kepada RM6.52 dan RM5.48, Maybank susut 4.0 sen kepada RM8.91 dan Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4. 64.

Bagi saham aktif, AGMO Holdings naik 4.5 sen kepada 83 sen, Cnergenz menambah setengah sen kepada 91.5 sen dan JAKS Resources menokok 1.5 sen kepada 29 sen, manakala Serba Dinamik tidak berubah pada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 0.15 mata kepada 10,730.18; Indeks FBMT 100 meningkat 5.48 mata kepada 10,482.92; Indeks FBM Emas Shariah naik 6.43 mata kepada 10,877.39; FBM 70 naik 22.63 mata kepada 12,754.91 dan FBM ACE melonjak 23.08 mata kepada 4,949.07.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 27.95 mata kepada 16,791.39; Indeks Perladangan menambah 2.28 mata kepada 7,291.23; Indeks Tenaga naik 6.10 mata kepada 673.63 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.61 mata kepada 183.64.

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In