• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Akhir Dagangan Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada akhir dagangan pagi Jumaat ketika aktiviti pengambilan untung bagi produk serta perkhidmatan pengguna terpilih terus mengekang peningkatan awal, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.95 mata kepada 1,513.67 berbanding 1,516.62 pada akhir dagangan semalam.

Indeks utama itu dibuka menokok 0.20 mata kepada 1,516.82 dan bergerak dalam jajaran 1,513.27 hingga 1,519.68 sepanjang sesi awal.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 374 berbanding 343 manakala 393 kaunter lain tidak berubah, 1,200 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.21 bilion unit bernilai RM794.77 juta.

Sementara itu, firma pembrokeran Rakuten Trade dalam nota tinjauannya menjangkakan indeks tersebut bergerak dalam jajaran 1,510-1,525 pada hari ini.

“Pemerhatian kami mendapati perolehan pendapatan saham berkaitan minyak dan gas (O&G) agak lemah berikutan ketidaktentuan yang dialami oleh sektor terbabit.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan berlakunya beberapa tekanan jualan bagi kaunter O&G dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu, saham-saham wajaran tinggi Maybank dan IHH Healthcare masing-masing susut 3.0 sen kepada RM8.92 dan RM6.48, Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4.64, CIMB berkurangan 2.0 sen kepada RM5.45 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.75.

Bagi saham aktif, AGMO Holdings naik 2.5 sen kepada 81 sen, JAKS Resources menambah 2.0 sen kepada 29.5 sen dan Hartalega meraih 4.0 sen kepada RM1.84 manakala Widad Group tidak berubah pada 35 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 3.50 mata kepada 10,733.53, Indeks FBMT 100 turun 0.36 mata kepada 10,477.08, Indeks FBM Emas Syariah menokok 15.59 mata kepada 10,886.55, FBM 70 menokok 80.36 mata kepada 12,812.64 dan FBM ACE berkurangan 16.25 mata kepada 4,955.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 29.68 mata kepada 16,789.66, Indeks Perladangan merosot 9.59 mata kepada 7,279.36 manakala Indeks Tenaga naik 11.54 mata kepada 679.07 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.43 mata kepada 184.46.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In