• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Ketiga KLK Susut Kepada RM558.27 Juta

in Berita, Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga KLK Susut Kepada RM558.27 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 17 Ogos  (Bernama) — Untung bersih Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) merosot kepada RM558.27 juta pada suku ketiga berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM783.94 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu berikutan sumbangan yang lebih rendah daripada segmen pembuatan dan kerugian dalam segmen pelaburan pemegangan.

Hasil bagaimanapun, meningkat kepada RM6.97 bilion daripada RM5.17 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

KLK berkata keuntungan daripada segmen pembuatan turun 11.9 peratus kepada RM208.9 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022 daripada RM237.2 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2021 walaupun mencatatkan peningkatan 33.4 peratus dalam hasil kepada RM5.864 bilion daripada RM4.4 bilion dalam tempoh yang sama.

“Kerugian dalam segmen pemegangan pelaburan lebih tinggi kepada RM54.4 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022 daripada RM24.5 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2021 terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan faedah yang lebih tinggi akibat daripada peningkatan dalam pinjaman,” katanya.

Sementara itu, ia berkata bahagian perladangan mencatatkan keuntungan lebih tinggi yang menyaksikan peningkatan ketara dalam keuntungan kepada RM594.3 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022 daripada RM402.9 juta setahun lalu dipacu oleh harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isi rong sawit (PK) yang lebih tinggi.

“Bagaimanapun, keuntungan daripada segmen ini sebahagiannya diimbangi oleh kos pengeluaran MSM yang lebih tinggi dan kerugian nilai saksama sebanyak RM56.4 juta berdasarkan penilaian buah tandan segar yang belum dituai,” katanya.

Selain itu, ia berkata keuntungan bahagian pembangunan hartanah meningkat kepada RM17.5 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022 berbanding suku tahun sebelumnya sebanyak RM15.4 juta berdasarkan hasil yang lebih tinggi pada RM53.5 juta.

KLK berkata persekitaran operasi bagi sektor perladangan pada suku berikutnya akan mencabar dengan gangguan rantaian bekalan dan tekanan inflasi ke atas baja, agrokimia dan harga bahan api.

Ia berkata keuntungan daripada perladangan dijangka bertambah baik pada tahun kewangan 2022 yang dipacu oleh harga MSM dan PK yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Mengenai segmen pembuatan, KLK berkata, ketidaktentuan harga bahan mentah, kos tenaga yang tinggi dan isu logistik yang berterusan akan memberi kesan kepada baki tahun kewangan semasa.

“Walau bagaimanapun, kumpulan menjangkakan prestasi segmen itu memuaskan disokong oleh kemampuannya untuk menyediakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dihasilkan secara konsisten dalam persekitaran bekalan yang terhad,” katanya.

–BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In