• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pelabur Asing Teruskan Aktiviti Belian Di Bursa Malaysia Untuk Minggu Keempat Berturut-Turut

in Berita, Saham
A A
Pelabur Asing Teruskan Aktiviti Belian Di Bursa Malaysia Untuk Minggu Keempat Berturut-Turut
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Dana asing mengekalkan pembelian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut, menyaksikan aliran masuk bersih RM451.7 juta untuk minggu  berakhir 12 Ogos 2022, kata MIDF Research.

Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 16.4 peratus  berbanding RM388.21 juta belian bersih yang direkodkan pada minggu sebelumnya, katanya dalam Laporan Aliran Dana mingguannya hari ini.

Minggu urus niaga itu bermula dengan belian bersih dana asing pada Isnin dan Selasa masing-masing berjumlah RM530,000 dan RM15.8 juta.

Walaupun inflasi di Amerika Syarikat masih menimbulkan kebimbangan pada Rabu, dana asing yang dijual bersih hanya berjumlah -RM3.8 juta dan merupakan satu-satunya hari jualan bersih oleh pelabur asing.

MIDF Research berkata sebahagian besar pembelian bersih berlaku pada Khamis dan Jumaat masing-masing mencatatkan RM232.9 juta dan RM206.2 juta selepas pengumuman data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang lebih kukuh.

Sementara itu, institusi tempatan terus menjadi penjual bersih untuk minggu kelima pada kadar -RM573 juta, lebih dua kali ganda daripada jumlah minggu sebelumnya iaitu -RM266.9 juta.

Institusi tempatan telah menjadi penjual bersih selama lapan hari dagangan berturut-turut sejak 3 Ogos.

Peruncit tempatan mengubah arah aliran jualan bersih mereka dalam tempoh tiga minggu dengan belian bersih RM121.3 juta untuk minggu berkenaan.

Mereka adalah pembeli bersih dari Isnin hingga Rabu serta Jumaat dan menjadi penjual bersih pada hari Khamis.

Sehingga kini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 21 daripada 32 minggu tahun 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM7.11 bilion.

Institusi tempatan adalah penjual bersih selama 25 daripada 32 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak -RM8.8 bilion.

Peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 20 daripada 32 minggu tahun 2022.

Setakat tahun ini, mereka telah menjadi pembeli bersih dengan merekodkan RM1.7 bilion.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam kalangan tempatan pelabur institusi sebanyak 1.05 peratus.

Pengurangan dalam ADTV dilihat dalam kalangan pelabur asing dan peruncit tempatan masing-masing sebanyak -3.57 peratus dan -3.36 peratus.

— BERNAMA

Share359ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In