• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Airlines Beli 20 Pesawat A330neo

in Berita
A A
Malaysia Airlines Komited Dalam Memastikan Perkhidmatan Pelanggan Yang Optimum
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu.

Pada majlis menandatangani memorandum persefahaman untuk pesanan rasmi, MAG menjelaskan perjanjian awal merangkumi pemerolehan 20 pesawat, yang mana, 10 akan dibeli daripada Airbus dan 10 lagi dipajak daripada Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG Izham Ismail berkata pembelian A330neo adalah peningkatan semula jadi daripada armada A330ceo semasanya. 

“A330neo bukan sahaja akan menyediakan pemodenan armada serta melonjakkan kecekapan operasi, ia juga akan memenuhi sasaran alam sekitar melalui pengurangan pembakaran bahan api bagi setiap tempat duduk, sambil memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang yang menjadi terasnya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ini merupakan pencapaian penting ketika MAG bergerak ke arah pelaksanaan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 yang akan meletakkan diri kami sebagai kumpulan perkhidmatan penerbangan yang terkemuka di rantau ini,” katanya. 

Model A330neo, yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000, akan menyertai armada enam pesawat jarak jauh A350-900s dan secara beransur-ansur menggantikan pesawat 21 buah A330ceo milik syarikat penerbangan itu. Perjanjian dengan pengeluar enjin Rolls-Royce dan Avolon turut dimeterai pada majlis tersebut.

Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan A330neo di rangkaiannya yang meliputi Asia, Pasifik dan Timur Tengah.

Menggabungkan enjin generasi terkini, reka bentuk sayap canggih serta pelbagai inovasi aerodinamik, pesawat berkenaan menawarkan pengurangan sehingga 25 peratus dalam penggunaan dan pelepasan bahan api termasuk mampu terbang 7,200 batu nautika atau 13,300 kilometer tanpa henti.

Malaysia Airlines akan mengubah suai armada A330neonya dengan susun atur premium yang akan menempatkan 300 penumpang dalam dua kelas. 

Selain pembaharuan dalam armada badan lebar, Airbus serta MAG turut menandatangani surat hasrat untuk mengkaji kerjasama yang lebih luas dalam bidang kelestarian, latihan, penyelenggaraan dan pengurusan ruang udara.

Ketua Pegawai Komersial dan Ketua Antarabangsa Airbus, Christian Scherer berkata Malaysia Airlines merupakan antara syarikat penerbangan Asia yang hebat dan Airbus berbangga menjadi pembekal pesawat badan lebar yang menjadi pilihannya. 

Beliau berkata ini adalah “pengiktirafan yang jelas” ke atas A330neo sebagai opsyen yang paling cekap dalam kategori saiz ini bagi pengoperasian premium.

“Ia juga merupakan pemenang mutlak daripada segi keselesaan dalam penerbangan dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk membentuk ruang kabin yang terunggul,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penggantian pesawat MAG di Putrajaya hari ini berkata kerajaan menyokong pelaburan jangka panjang kumpulan itu dalam usaha memperoleh antara pesawat moden yang terbaik ke dalam perkhidmatannya.

“Ia bukan sahaja relevan untuk meremajakan armada syarikat penerbangan yang semakin tua agar kekal berdaya saing serta bertujuan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan globalnya tetapi juga sejajar dengan komitmen bersama kami ke arah penerbangan yang lestari di Malaysia bagi menyokong usaha penyahkarbonan yang lebih luas termasuk memenuhi sasaran global,” katanya sebelum menyaksikan pemeteraian itu.

Wee berkata kerajaan kagum dengan pembaharuan armada MAG yang disifatkan sebagai tuil utama dalam strategi kemampanannya yang lebih luas melalui Rangka Tindakan Kelestarian MAG, yang merangkumi faktor alam sekitar, sosial, keselamatan, tadbir urus dan ekonomi.

Beliau berkata usaha ini sejajar dengan langkah Malaysia bagi mencapai langkah-langkah berasaskan pasaran global Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mana Malaysia mengiktiraf kepentingan kelestarian alam sekitar.

— BERNAMA

Share304ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In