• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Melepasi Paras 1,500

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, pulih daripada kerugian yang dicatatkan semalam apabila selera risiko pelabur kembali meningkat berikutan data inflasi Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada jangkaan.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.19 mata kepada 1,502.52  berbanding 1,492.33 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras itu mengukuh 5.48 mata untuk dibuka pagi ini pada paras 1,497.81.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 257 berbalas 71, manakala 172 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 159.82 juta unit bernilai RM70.04 juta.

Data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, yang mengukur inflasi mencatatkan 8.5 peratus pada bulan Julai — di bawah unjuran pasaran sebanyak 8.7 peratus — menunjukkan bahawa ekonomi negara itu pulih lebih cepat daripada jangkaan.

Purata DJI melonjak 535 mata dan Nasdaq memperoleh 361 mata, manakala hasil 10 tahun AS kekal  pada 2.78 peratus.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, memandangkan prestasi teguh di Wall Street semalaman, beliau mengunjurkan FBM KLCI akan kembali pulih daripada kelemahan baru-baru ini dan indeks akan berlegar dalam julat 1,495-1,510 hari ini.

“Kami percaya minat belian juga mungkin muncul untuk saham teknologi selepas aktiviti jualan baru-baru ini,” katanya kepada Bernama.

Dua pertiga daripada kaunter berkaitan 30 indeks mencatatkan keuntungan pagi ini, diterajui Inari yang meningkat sebanyak 2.83 peratus atau lapan sen kepada RM2.90, manakala Petronas Chemicals merupakan penyumbang terbesar kepada kenaikan indeks komposit pada 2.32 mata selepas kaunter itu naik 17 sen kepada RM8.89.

Sementara itu, Maybank menokok lima sen kepada RM8.95, Public Bank menambah empat sen kepada RM4.67, CIMB dan Tenaga masing-masing meningkat tiga sen kepada RM5.33 dan RM8.46, manakala IHH Healthcare kekal pada RM6.42.

Bagi saham aktif, G3 Global naik setengah sen kepada empat sen, Dagang Nexchange dua sen lebih tinggi pada 89 sen, SFP meraih empat sen kepada 98 sen dan Infoline memperoleh 1.5 sen kepada 38 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 78.41 mata kepada 10,640.15, Indeks FBMT 100 mengembang 74.39 mata menjadi 10,388.56 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi sebanyak 83.91 mata kepada 10,753.21.

Indeks FBM 70 melonjak 106.53 mata kepada 12,658.63 manakala FBM ACE naik 35.44 mata kepada 4,867.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 97.92 mata kepada 16,747.53, Indeks Tenaga menambah 4.7 mata kepada 651.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih tinggi sebanyak 2.48 mata kepada 183.43 dan Indeks Perladangan meningkat 23.36 mata kepada 7,147.23

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In