• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Visa Tawar Perkhidmatan Apple Pay Kepada Pemegang Kad Di Malaysia

in Berita
A A
Visa Tawar Perkhidmatan Apple Pay Kepada Pemegang Kad Di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Visa Inc bekerjasama dengan Ambank, Maybank dan Standard Chartered Bank untuk menawarkan perkhidmatan Apple Pay kepada pemegang kadnya di Malaysia.

Perbadanan perkhidmatan kewangan multinasional itu berkata Apple Pay merupakan kaedah  pembayaran yang selamat, tanpa sentuh dan mudah selain membantu pelanggan mengelak daripada menyerahkan kad pembayaran mereka kepada orang lain, menyentuh butang fizikal atau menukar wang tunai dengan hanya menggunakan iPhone dan ia diterima di lokasi peniaga di seluruh dunia.

Pengurus Negara Visa Malaysia Ng Kong Boon berkata penggunaan pembayaran digital berkembang pesat sejak dua tahun lepas dan sekali gus mempercepatkan peralihan Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa tunai.

“Visa gembira untuk menyokong pengenalan Apple Pay di Malaysia, terutamanya sejak negara ini telah berada dalam kedudukan yang baik dari segi penerimaan dan penggunaan pembayaran tanpa sentuh.

“Kami percaya Apple Pay dengan pengalaman tanpa PIN yang selamat, milik sendiri dan mudah akan mendapat sambutan yang baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut VISA, setiap pembelian Apple Pay adalah selamat kerana ia disahkan dengan pengesahan muka (Face ID), Sentuh ID (Touch ID) atau kod laluan peranti dan kod keselamatan dinamik satu kali penggunaan yang unik.

Katanya selain menggunakan Apple Pay bagi transaksi bersemuka, pemegang kad boleh menggunakannya melalui aplikasi, secara dalam talian atau di Apple Watch tanpa perlu membuka akaun atau mengisi maklumat penghantaran dan bil secara berulang kali.

Menurut Visa, nombor kad sebenar tidak disimpan dalam peranti atau pelayan Apple tetapi sebaliknya nombor akaun peranti yang unik diberikan, tersulit dan disimpan dalam elemen selamat untuk menyimpan maklumat pembayaran dengan selamat dalam peranti.

“Berdasarkan pembayaran tanpa sentuh yang berkembang, kami yakin peranti mudah alih pintar akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, menggantikan dompet yang penuh dengan wang tunai,” tambah Ng.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In