• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih KLCC REIT Naik Kepada RM165.18 Juta Pada Suku Kedua

in Berita
A A
Untung Bersih KLCC REIT Naik Kepada RM165.18 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos  (Bernama) — KLCC Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM165.18 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM144.01 juta pada suku yang sama tahun lalu, disumbang oleh kenaikan ketara dalam segmen peruncitan dan perhotelan.

Hasil turut meningkat kepada RM350.31 juta berbanding RM280.16 juta pada suku yang sama sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Sementara itu, KLCCP Stapled Group, yang terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC REIT, mencatat hasil sebanyak RM350.3 juta pada suku tersebut, peningkatan 25.0 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan sebelum cukai meningkat 27.4 peratus kepada RM219.3 juta, ekoran prestasi kukuh segmen peruncitan dan perhotelan apabila aktiviti ekonomi yang dibuka terus meningkat pada suku kedua.

Segmen pejabat terus menjadi penyumbang utama kepada hasil kumpulan, disokong oleh sewaan jangka panjang dan Pajakan Bersih Tiga Kali Ganda (TNL) Menara Berkembar Petronas dan Menara 3 Petronas.

Segmen tersebut mencatatkan sedikit peningkatan dalam hasil sebanyak RM145.4 juta, ekoran pendapatan faedah yang lebih tinggi dan kos pembiayaan yang lebih rendah disebabkan kadar faedah efektif yang rendah selepas pembiayaan semula Sukuk Murabahah pada April 2021.

Suria KLCC dan podium runcit Menara 3 Petronas yang mewakili segmen peruncitan, menyaksikan peningkatan hasil sebanyak 46.4 peratus kepada RM125.2 juta, dipacu oleh sewa yang lebih tinggi daripada pajakan baharu dan pendapatan pengiklanan, ditambah dengan bantuan sewa yang lebih rendah pada suku tersebut.

Pendapatan daripada segmen perhotelan melonjak kepada RM32.1 juta berbanding RM8.5 juta pada suku kedua 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif KLCCP Md Shah Mahmood berkata kumpulan itu kekal berhati-hati dan fokus untuk mengekalkan kestabilan perniagaannya sambil terus meneroka pembezaan dalam penawarannya bagi memberi nafas baharu kepada pelanggan.

Dengan prestasi yang memberangsangkan dan mengekalkan pulangan yang stabil serta konsisten kepada Stapled Securities, kumpulan itu mengisytiharkan dividen sebanyak 8.0 sen bagi setiap sekuriti tercantum, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 16 sen bagi separuh pertama 2022.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In