• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Southern Cable Cadang Terbitan Waran Bonus Satu Untuk Dua

in Berita, Saham
A A
Southern Cable Cadang Terbitan Waran Bonus Satu Untuk Dua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Southern Cable Group Bhd telah mencadangkan untuk melaksanakan terbitan bonus waran berdasarkan satu waran bagi setiap dua saham biasa sedia ada yang dipegang.

Pengilang kabel itu berkata cadangan itu memerlukan pengeluaran 400 juta waran bagi tempoh lima tahun dengan pilihan bagi pemegang untuk melaksanakan satu waran menjadi satu saham biasa baharu Southern Cable.

Syarikat itu berkata dengan harga pelaksanaan indikatif RM0.2942 bagi setiap waran dan dengan mengandaikan pelaksanaan penuh waran tersebut, kumpulan itu menjangkakan untuk mengumpul sehingga RM117.7 juta, seterusnya hasil kasar itu akan digunakan sebagai keperluan modal kerja.

Pengarah Urusannya Tung Eng Hai berkata pelaksanaan modal itu akan membolehkan syarikat itu mencapai pandangan optimistiknya dalam jangka terdekat, seiring dengan keperluan operasi dan strategi pembangunan perniagaan.

“Modal kerja juga akan membantu dalam memenuhi jumlah pesanan kami yang melebihi RM800 juta termasuk kontrak pembekalan RM294 juta yang diperoleh baru-baru ini daripada Tenaga Nasional Bhd.

“Selain itu, kami sedang mempergiatkan usaha jualan kami untuk menyasarkan pasaran baharu di Malaysia dan luar negara, contohnya daripada pelanggan baharu kami di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Majoriti dana yang diperoleh akan digunakan untuk menyokong keperluan modal kerja yang meningkat dan akan memberi peluang kepada pemegang saham untuk meningkatkan penyertaan ekuiti mereka dalam syarikat, katanya.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan korporat tertakluk kepada kelulusan pemegang saham semasa mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan, tarikh kelayakan waran itu dan pelaksanaan harga sebenar akan ditentukan kemudian.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In