• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kenaikan OPR Beransur-Ansur Tidak Beri Kesan Ketara – Mohd Shahar

in Berita
A A
Kenaikan OPR Beransur-Ansur Tidak Beri Kesan Ketara – Mohd Shahar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata sebarang keputusan yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaraskan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur supaya tidak menjejaskan momentum pemulihan ekonomi Malaysia.

BNM berpandangan kenaikan kadar OPR secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara khususnya kepada golongan B40, kata Mohd Shahar.

“Ini adalah kerana satu pertiga pinjaman melibatkan golongan B40 adalah pada kadar tetap, kebanyakannya adalah untuk pinjaman pembelian kereta dan pembiayaan peribadi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Aziz Ariffin mengenai kajian lapangan yang dilaksanakan kerajaan terhadap tahap kesiapsiagaan rakyat berhubung penetapan OPR apabila ia dinaikkan.

Mohd Shahar berkata BNM menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengambil keputusan untuk melaraskan kadar OPR secara beransur-ansur menerusi kenaikan 25 mata asas pada bulan Mei 2022 dan 25 mata asas lagi pada bulan Julai 2022, sehingga mencapai kadar OPR terkini iaitu 2.25 peratus.

Sekiranya OPR dinaikkan secara tergesa-gesa dan pada magnitud yang besar, ia boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan rakyat seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Filipina dan Turki, masing-masing mencatat kadar inflasi sebanyak 9.1 peratus, 6.1 peratus dan 78.6 peratus, katanya.

Justeru, Mohd Shahar berkata kerajaan menerusi BNM mahu menekankan bahawa pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas.

“Ini termasuk kemudahan di bawah Dana BNM untuk Perusahaan Kecil Sederhana, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank, serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kadar inflasi pada tahun 2022 dijangka mencatat purata antara 2.2 hingga 3.2 peratus manakala kadar inflasi sebenar dari Januari sehingga Jun merekodkan kadar inflasi sebanyak 2.5 peratus.

Pengalaman di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa kadar inflasi yang tinggi boleh memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan juga taraf kehidupan rakyat, kata Mohd Shahar.

“Peningkatan kadar inflasi bukan sahaja didorong oleh tekanan penawaran, malah telah menunjukkan bahawa tanda-tanda kenaikan inflasi disebabkan tarikan permintaan. Sekiranya tidak ditangani dari awal, permintaan dalam negeri sekiranya berlebihan boleh menambah tekanan inflasi,” katanya.

Mohd Shahar berkata setiap kali keadaan inflasi menjadi tidak terkawal, harga yang lebih tinggi boleh menjejaskan kuasa beli isi rumah terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

–BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In