• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua Takaful Malaysia Susut Kepada RM69.62 Juta

in Berita
A A
Untung Bersih Suku Kedua Takaful Malaysia Susut Kepada RM69.62 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM69.62 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2022, daripada RM81.54 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil, bagaimanapun, meningkat kepada RM831.93 juta daripada RM701.21 juta sebelumnya disebabkan oleh jualan yang lebih tinggi yang dijana daripada perniagaan takaful keluarga dan takaful am, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada suku dalam tinjauan, ia berkata perniagaan takaful keluarga mencatatkan caruman pendapatan kasar sebanyak RM506.1 juta, lebih tinggi 14 peratus tahun ke tahun, terutamanya disumbangkan oleh jualan yang lebih tinggi daripada produk gadai janji dan berkaitan kredit.

Takaful Malaysia berkata perniagaan takaful amnya menjana caruman pendapatan kasar sebanyak RM232.6 juta, peningkatan sebanyak 18 peratus tahun ke tahun, terutamanya disebabkan oleh kelas kebakaran dan motor.

Sementara itu, operasi Takaful Malaysia di Indonesia menyaksikan hasil operasinya meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM72.0 juta pada suku kedua, berbanding RM61.8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Caruman pendapatan kasar dicatatkan pada RM62.5 juta, lebih tinggi sebanyak 21 peratus, daripada RM51.5 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia berkata unjuran Malaysia untuk pemulihan ekonomi yang lebih kukuh pada separuh kedua 2022 agak suram berikutan kelembapan ekonomi global dan tekanan inflasi yang akan berlaku.

“Walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar, kumpulan akan kekal berwaspada dan berhemat dalam menguruskan kos operasi, pertumbuhan perniagaan dan profil risiko bagi portfolio perniagaan kami,” katanya.

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In