• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

UEM Sunrise Beli Tanah 2.58 Hektar Pada RM384 Juta

in Berita
A A
UEM Sunrise Beli Tanah 2.58 Hektar Pada RM384 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Sunrise Bhd, Lucky Bright Star Sdn Bhd, menandatangani perjanjian jual dan beli (SPA) dengan Nippponkey Sdn Bhd untuk cadangan pembelian tanah pada jumlah harga belian RM384.04 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, UEM Sunrise menjelaskan pelaburan itu akan dijelaskan melalui pembayaran tunai sebanyak RM235.79 juta manakala RM148.25 juta lagi tidak melibakan wang.

Bidang tanah pegangan bebas seluas 2.58 hektar itu terletak di Jalan Yahya Petra, sebelum ini dikenali sebagai Jalan Semarak, di Kuala Lumpur.

Bagi pembayaran tidak berbentuk wang, Nipponkey juga menandatangani 16 perjanjian penjualan dan pemindahan tanah dengan anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Sunrise, Nusajaya Rise Sdn Bhd (NRSB) dan Symphony Hills Sdn Bhd (SHSB), sebagai pemilik tanah berdaftar bagi kawasan bersih seluas 43.63 hektar di daerah Johor Bahru, Johor.

UEM Sunrise menambah, bidang tanah itu adalah sebahagian daripada Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri dengan nilai harga pertimbangan RM148.25 juta.

Menurutnya, cadangan pembelian itu adalah sejajar dengan pelan pemulihan tiga serampangnya iaitu Triage (proses saringan dan klasifikasi untuk menentukan keutamaan), Stabilise (menstabilkan) dan Sustain (mengekalkan), dilaksanakan untuk merangka hala tuju yang jelas ke arah menjadi peserta hartanah yang seimbang.

“Triage fasa pertama menumpukan usaha menjalankan aktiviti untuk mengukuhkan prestasi kewangan, menggiatkan semula dan mengukuhkan portfolio produk serta mempercepat pelancaran produk baharu.

“Cadangan pembelian itu sejajar dengan keperluan syarikat di bawah Triage, yang menumpukan pada pengukuhan perancangan yang akan dilaksanakan untuk memacu pertumbuhan yang mampan, dan pada masa yang sama, mengimbangi semula portfolio bank tanah seperti yang dibuktikan oleh pemindahan dan penjualan tanah Gerbang Nusajaya,” jelasnya.

Tanah di Kuala Lumpur akan dibangunkan dan pembangunan itu dianggarkan menjana nilai pembangunan kasar RM1.5 bilion dalam tempoh empat tahun bermula dengan tentatif pelancarannya pada 2024, menurut UEM Sunrise.

— BERNAMA

Share287ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In