• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Proton X50 Dinobat Kenderaan Paling Laris Pada Julai Dengan 4,763 Unit Dijual

in Berita
A A
Proton X50 Dinobat Kenderaan Paling Laris Pada Julai Dengan 4,763 Unit Dijual
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) —  Proton X50 mencatat rekod jualan bulanan sebanyak 4,763 unit bagi Julai 2022 untuk menjadi kenderaan terlaris di Malaysia, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton Holdings Bhd berkata pencapaian itu juga merupakan kali pertama kenderaan tersebut mendahului pasaran keseluruhan dalam jumlah jualan.

Pengeluar kereta nasional itu menjual sejumlah 11,477 unit meliputi enam model pada Julai, iaitu Proton X50 adalah yang paling laris, diikuti oleh Proton Saga sebanyak 4,521 unit.

Jualan keseluruhan Proton setakat ini adalah 71,601 unit, peningkatan sebanyak 19.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, katanya.

“Jumlah keseluruhan volum industri bagi bulan Julai dianggarkan sebanyak 50,500 unit,” katanya.

Menurut kenyataan itu, eksport bagi tahun 2022 setakat ini telah meningkat kepada 3,102 unit, dengan 380 unit pada Julai, melepasi 3,018 unit jualan yang dieksport untuk keseluruhan 2021.

Proton Saga, Proton X70 dan Proton X50 kekal sebagai model eksport utama, katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata pencapaian dan kelarisan jualan Proton dalam segmen lain menunjukkan rancangan perniagaan syarikat berada di landasan yang tepat.

“Pelonggaran sekatan perdagangan global telah menjadi rangsangan besar bagi bahagian eksport Proton. Dengan baki lima bulan lagi, syarikat menyasarkan tahun ini menunjukkan pertumbuhan peratusan dua angka walaupun kami peka dengan isu ekonomi yang dihadapi di pasaran luar negara,” katanya.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In