• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Minat Belian Diperbaharui Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Minat belian diperbaharui selepas mengalami tekanan jualan selama dua hari berturut-turut selain mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman Wall Street, menyaksikan Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.58 mata untuk mencatatkan paras 1,495.15 daripada penutupan Rabu pada 1,490.57.

Indeks utama itu mengukuh 1.09 mata pada 1,491.66 pada sesi pembukaan.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 197 berbalas 80, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,794 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 154.83 juta unit bernilai RM54.89 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mempamerkan lantunan kukuh apabila Indeks Dow Jones meningkat sebanyak 1.3 peratus, didorong oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan (ISM) Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang melonjak ke paras tertinggi tiga bulan pada 56.7 pada Julai 2022 berserta pendapatan korporat yang lebih mantap.

“Memandangkan pasaran melihat lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan dijangka tidak menimbulkan sebarang kemungkinan, kami percaya sentimen itu akan pulih seiring prestasi rakan serantau yang lain selepas kenaikan ketara di AS berikutan data ekonomi yang teguh dan pendapatan korporat yang lebih kukuh,” katanya dalam nota hari ini.

Bagi komoditi, firma pembrokeran itu menyatakan harga minyak mentah terus jatuh, diniagakan di bawah paras US$100 setong, manakala harga minyak sawit mentah turun kepada sekitar RM3,800 satu tan.

Sementara itu, ia menambah sektor teknologi dijangka melantun lebih tinggi, mengambil petunjuk positif daripada kenaikan kukuh pasaran semalaman Nasdaq.

Bagaimanapun, sektor tenaga mungkin akan ‘’berehat seketika” di tengah-tengah penurunan harga minyak mentah.

“Dalam pada itu,  langkah Indonesia untuk menarik balik larangan ke atas pekerjanya daripada memasuki Malaysia boleh meningkatkan sentimen terhadap sektor perladangan dan pembinaan,” tambah firma itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok 4.0 sen kepada RM8.87, Public Bank dan CIMB naik 1.0 sen setiap satu, masing-masing mencatatkan harga RM4.62 dan RM5.24, Petronas Chemicals menokok 8.0 sen kepada RM8.98 dan IHH Healthcare meningkat 3.0 sen kepada RM6 .45.

Daripada saham aktif, CSH Alliance naik setengah sen menjadi 6.5 sen dan SFP Tech meningkat 2.5 sen kepada 89.5 sen, manakala Green Packet turun setengah sen kepada 5.5 sen dan ARB dan Vinvest Capital tidak berubah pada 11.5 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 39.66 mata kepada 10,752.71, FBM ACE meningkat 18.41 mata menjadi 4,808.86 dan Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 32.89 mata kepada 10,356.64.

Indeks FBM Emas turut mengembang 34.63 mata kepada 10,606.85 dan FBM 70 menambah 44.95 mata kepada 12,696.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah baik sebanyak 34.30 mata kepada 16,604.45, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.83 mata menjadi 186.03, manakala Indeks Tenaga berkurangan sebanyak 3.16 mata kepada 657.58 dan Indeks Perladangan lemah sebanyak 36.51 mata kepada 6,991.50.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In